Sejak dua tahun lepas tular di laman sosial yang rata-rata rakyat Malaysia meragui tentang ‘kebersihan’ vaksin. Ramai yang mengelakkan diri dan keluarga serta anak kecil mengambil vaksin yang diyakni mampu melindungi imun badan dari sebarang jangkitan penyakit.
Menjelang tahun 2022, Malaysia akan menjadi hab penting untuk pengeluaran vaksin halal pertama di rantau ini. Ia hasil kerjasama syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), dengan Technology Depository Agency (TDA) dan syarikat penyelidikan farmaseutikal antarabangsa, Hilleman Laboratory (Hilleman Labs).
Menurut dari Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, terdapat hanya 1,450 individu yang enggan mengambil suntikan vaksin di negara ini. Bimbang akan perkara tersebut bakal kembali Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk proses menentukan status halal vaksin itu.
Pharmaniaga memperuntukkan pelaburan sebanyak RM100 juta untuk membangunkan fasiliti di sebuah kilang di Puchong, merangkumi mesin untuk menghasilkan vaksin halal iaitu vaksin imunisasi penyakit Meningitis dan difteria.