Bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang gemar mengikuti perkembangan trend gajet semasa, OPPO Malaysia dengan bangganya memperkenalkan OPPO F5 6GB yang terdapat dalam dua pilihan rona sensasi termasuklah merah dan hitam. Bukan itu sahjaa, OPPO turut tampil bekerjasama dengan Swarovski untuk menghasilkan beberapa unit selongsong telefon edisi terhad yang dihiasi permata kristal swarovski kegemaran ramai.
OPPO F5 siri 6Gb ini dilengkapi ruang simpanan lebih besar yang mampu memuatkan banyak aplikasi kegemaran serta memori-memori yang dirakam secara strategik.
Ia juga berfungsi sama seperti OPPO F5 dengan memanfaatkan teknologi pemprosesan jenis Octa-core yang mampu meningkatkan daya prestasi untuk memberi seribu satu nikmat buat para penggemar permainan interaktif.
Dengan kehadiran OPPO F5 6GB (Edisi Merah), ia turut hadir dengan kotak hadiah rona merah edisi terhad -direka khas untuk dimiliki 1000 pengguna pertama yang menempah awal. Kotak hadiah itu mengandungi telefon pintar terkini OPPO F5 berserta satu unit selongsong telefon pintar yang dihiasi butiran kristal premium daripada Swarovski.
Tonton Video Unboxing OPPO F5 Red Edition Edisi Terhad Yang Hadir Dengan Selongsong Swarovski
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.oppo.com/my] atau lawat laman Facebook Malaysia OPPO di [www.facebook.com/malaysiaoppo].
Neelofa yang dipilih sebagai duta berkata, selongsong telefon elegan itu pasti menarik andai digayakan sebagai sebahagian aksesori harian yang menepati cita rasa wanita sofistikated seperti dirinya.
Harga yang ditawarkan adalah RM1,698 seunit dan bakal diedarkan bermula 16 Disember nanti.