Rambut keriting halus atau tebal sangat menarik perhatian. Gulungan rambut tersebut beri personaliti yang berbeza dari orang lain. Jika dahulu orang yang berambut keriting mahu berambut lurus tapi kini ramai pula yang mula nak berambut keriting. Sanggup pergi ke salun berjam-jam untuk mendapatkan gaya yang dimahukan.
Pada pendapat penulis pemilik rambut keriting tampak lebih muda, yakin dan ceria berbanding si rambut lurus. Mungkin kerana tekstur dan alunan rambut yang beri rasa fun.
Namun penjagaan untuk si keriting agak sukar dan perlu jagaan yang rapi dan penuh kasih sayang. Khas buat anda yang memiliki gaya rambut pujaan ramai ini, Wanista sediakan beberapa tips manfaat untuk mengelakkan rambut keriting canti bertukar kepada ‘jembalang’ kusut!
#1 Mulakan sikat dari bahagian hujung rambut. Ianya untuk merapikan dan sekaligus mengelakkan hujung rambut tergulung dan kusut.
#2 Guna sikit jenis ‘bergigi’ berbanding jenis ‘berus’. Sikat jenis berus boleh mengakibatkan rambut keriting senang putus dan bertambah kusut. Pilih berus jenis bergigi untuk hasil keriting yang lama dan semulajadi.
#3 Rambut keriting paling cantik bila ia dalam keadaan lembut dan bouncy. Jadi pastikan rambut anda tidak keriting dengan menyapu krim atau minyak rambut terutamanya di hujung.
#4 Elakkan mengambil syampu rambut yang mengandungi bahan sodium lauryl sulfate, ia agak kasar untuk si rambut keriting dan menyebabkan rambut bertambah kering.
#5 Selain menyapu krim atau minyak pada rambut, kegunaan perapi rambut juga amat penting untuk kesan lembab yang berpanjangan. Senang cerita rambut keriting senang kusut kalau kering!
#6 Rambut keriting sangat sensitif (senang kusut). Elakkan menggosok rambut terlalu kerap dengan tuala dan pastikan hadkan penggunaan aksesori kepala seperti skaf, topi dan sebagainya.
#7 Tukar sarung bantal anda kepada fabrik sutera. Kenapa? Sarung bantal dari jenis kapas menyebabkan rambut anda kusut kerana ia akan menarik rambut setiap kali anda bergerak. Berbanding dengan fabrik sutera yang lebih licin dan lembut.
#8 Tak perlu syampu setiap hari. Amalan tersebut beri kesan rambut anda lebih kering tapi anda boleh gunakan perapi setiap hari walaupun tanpa syampu!
#9 Untuk rambut kekal lembap dengan cara semulajadi, basuh rambut anda dengan air sejuk. Ia dapat membuka kutikel rambut untuk mengeluarkan minyak semulajadi dan memastikan rambut anda bersinar dan tidak kusut.
#10 Sediakan jadul trim setiap enam hingga kelapan minggu untuk mengelakkan rambut anda bertukar kepada rambut kembang kak limah!
Siapa kat sini rambut kerinting angkat tangan sikit? ?