Siapa Lady Amelia Windsor? Pasti itu akan menjadi persoalan pertama anda apabila Wanista bingkiskan ‘Lady Amelia Windsor Digelar ‘Kerabat DiRaja Paling Cantik Di Britain’’. Siapalah wanita berwajah bulat comel dan bibir mungil seksi ini, sekali pandang seperti seorang model di pentas peragaan. Iya, beliau yakni bekerja sebagai model peragaan dan memegang tangga ke-36 sebagai pewaris pemerintah tertinggi Britain!
Buat anda yang ingin mengenali Lady Amelia Windsor, Wanista senaraikan maklumat dan info peribadi cucunda paling cantik Ratu Elizabeth II.
#1 Lahir pada 24 Ogos 1995, 22 tahun. Anak kepada George Windsor, Earl of St Andrews dan Sylvana Tomaselli. Ibunya merupakan seorang ahli sejarah di Universiti Cambridge dan dikenali sebagai doktor.
#2 Beliau kini seorang pelajar jurusan Bahasa Perancis dan Itali. Rome dan Paris adalah rumah kedua buat beliau.
#3 Bekerja sebagai seorang model dibawah naugan agensi Storm, agensi paling popular di Eropah. Awal tahun ini beliau debut sebagai model peragaan dengan berjalan untuk Dolce & Gabbana.
#4 Sering muncul di barisan kerusi hadapan untuk pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana, Dior, Miu Miu, Tommy Hilfiger, John Galliano dan Emporio Armani.
#5 Tidak seperti kerabat diraja yang lain, beliau gemar berkongsi apa jua aktiviti atau hobi di laman Instagram.
#6 Saiz kasut Lady Amelia ialah 4. Keciknya kaki!
#7 Laporan dari Daily Mail, Lady Amelia mungkin menerima $1 juta untuk tahun ini sahaja sebagai model.
#8 Berdarah kerabat diraja beri bonus buat Lady Amelia untuk melebarkan sayap bak Gigi dan Bella Hadid.
Ada tak yang berkenan dengan Lady Amelia ni? Cantik beliau ialah pure-Britain.