Susunan gigi yang rapi siapalah yang tidak mahu. Senyuman yang memikat bukan sahaja pada ukirannya tapi pada aset dalamnya yang putih berseri, rapi dan nampak terjaga.
Dahulunya untuk mendapatkan gigi yang cantik bermula dengan penjagaan awal sejak kanak-kanak dan untuk mereka yang lebih berduit boleh memasang pendakap gigi. Namun kegunaan pendakap gigi memakan masa yang lama, dari proses perundingan, pemasangan sehinggalah menanggalkannya ada yang mengambil masa bertahun-tahun. Kelemahan memakai pendakap gigi juga membuat si pemakai kurang selesa dan menderita ulser.
Cara apa lagi nak buat gigi tampak cantik, tersusun rapi dan putih?
Jawapan: Veeners.
Apa itu Veeners?
Ianya satu lapisan dari porselin atau seramik yang dipasang permukaan atas gigi. Lapisan tersebut akan membuat gigi tampak lebih cantik, putih, teratur sekaligus menutup bentuk gigi yang bermasalah. Gigi pecah, jarang, serpih, kuning atau tidak sama bentuk boleh jadi cantik dengan veeners.
Proses Veeners?
Sama seperti untuk memasang pendakap gigi anda kena berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat perundingan dan ujian. Setelah itu, gigi anda dibersihkan dan dibuat acuan untuk melihat rangka gigi lebih dekat. Setiap gigi anda akan diukur mengikut kesesuaian dan dihasilkan oleh makmal. Setelah veeners gigi anda siap, ia akan dipasang pada gigi dan dibersihkan.
Video ringkas tentang pemasangan Veeners
Gigi veener dapat bertahan sehingga 5 hingga 10 tahun tanpa rawatan khusus. Anda boleh memberus gigi seperti biasa sama seperti gigi biasa atau flos gigi. Cuma kekurangan memakai veeners, gigi anda mungkin akan menjadi sensitif terhadap makanan sejuk atau panas kerana enamel gigi anda telah dikikis.
Jika anda hanya memakai veener untuk gigi yang rosak sahaja, warna gigi akan tampak kontra kerana warna veener sememang putih yang ketara. Jadi kebanyakan si pemakai veneer akan melakukan ia pada semua gigi. Tidak semua gigi boleh memakai veener, gigi yang buruk atau enamel yang telah rosak biasanya tidak dapat ditampal oleh veener.
Wanista kongsikan veeners sebagai alternatif lain untuk anda dapatkan gigi cantik, tersusun dan putih selain memakai braces. Lebih lanjut mengenai veeners Wanista syorkan anda untuk bertemu dan dapatkan nasihat dari doktor gigi atau pakar di klinik.