Setiap musim, setiap masa, ada sahaja trend kecantikan yang masuk, kadang-kala sehingga mengejutkan kita semua.
Batas-batang untuk menonjolkan kreativiti di bahagian bulu kening tidak terhad kepada teknik coloring, bejeweling, piercing dan highlighting sahaja.
Ada di antara trend yang dicipta makeup guru diambil serius oleh follower mereka sehingga viral di internet, sekaligus mencetuskan fenomena yang keterlaluan.
Ini antara trend kening merepek yang membuatkan kita berfikir dan mempersoalkan kenapa makeup guru menciptanya..
#1 Kening Berkepak (Feather Brows)
Trend kening ini disikat ke tepi menjadi bentuk kepak dan tengahnya diberikan ruang, ianya mungkin sesuai untuk individu yang mempunyai kening tebal berbanding nipis. Apa kata anda?
Geli tengok kening sebegini, bukan?
Baca: Eeww! Layak Ke Bulu Kening Berkepak Ini Jadi Trend Mekap 2017?
#2 Kening Berombak (Wavy Eyebrow)
Dimulakan oleh makeup guru Huda Kattan di laman sosial Instagram miliknya, dan sejak itu ia mendapat ikutan dikalangan follower dan terus viral.
#3 Kening Tocang?
Selepas trend berombak, muncul pula kening tocang. Persoalannya macam mana para MUA boleh lakukan kening sebegini? Panjang sangat ke bulu kening mereka sampai boleh bertocang? Bila didedahkan itu semua teknik photoshop… Alahaiii….
#4 Kening Pelangi
Jika anda ingin ke pesta muzik, trend kening ini paling sesuai, cukup cute dan fun sekali. Anda boleh menggunakan pembayang mata untuk mendapatkan trend pelangi, pakaikan di alis.
#5 McDonalds
Pada mulanya ia sekadar gurauan oleh beberapa makeup guru tetapi melalui hashtag #mcdonaldsbrows, ia menunjukkan ramai para gadis yang ingin mencuba trend merepek ini.
#6 Kening Berduri (Barbed Wire)
Untuk mencapai kening berduri ini, anda boleh menggunakan sabun atau produk berasaskan gel untuk susunan bulu kening.
#7 Triple Brow
Beberapa orang gadis berpandangan bahawa dua alis sahaja tidak mencukupi, jadi mereka telah menambah dua lagi untuk setiap satu, menjadi enam keseluruhannya. Pelik, bukan?
Antara semua trend kening ini, yang mana satu masih boleh terima dek akal?