Pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor, 28, telah dilantik menjadi Pengarah Bukan Eksekutif Bebas penerbangan tambang murah AirAsia.
Pelantikan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes.
Dalam pada itu, Neelofa dalam kenyataan sama turut melahirkan rasa syukur dan berbangga dengan pelantikan itu.
https://www.instagram.com/p/BcciDVeFbNb/?hl=en&taken-by=neelofa
“Mewakili Gen Y memberi keterujaan buat saya kerana wawasan kami adalah sama dalam perniagaan.
“Terima kasih AirAsia, saya tidak sabar untuk terbang bersama,” katanya.
Sementara itu, AirAsia turut mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar dan Pengarah Eksekutif K Tharumalingam daripada lembaga pengarah.
Ini membolehkan lebih ramai pengarah bebas dilantik untuk membantu mengukuhkan urus tadbir syarikat.