Bigbang Taeyang dan Min Hyo Rin diketahui umum sudah 4 tahun menjalin hubungan cinta.
Oleh itu, lumrah untuk peminat ingin mengetahui rahsia kebahagiaan mereka apatah lagi usia percintaan yang agak lama. Bagaimana pasangan sejoli ini mengekalkan hubungan sedangkan kedua sibuk dengan karier masing-masing, Taeyang dengan aktiviti nyanyian dan Min Hyo Rin dunia lakonan.
Ini cara Taeyang tonjol rasa sayang, cinta dan taat pada buah hatinya, Min Hyo Rin.
#1 Sentiasa menulis surat, bukan yang bertaip tetapi tulisan tangan.
“Saya sering menulis surat kepada teman wanita saya. Saya menulisnya setiap kali saya memikirkan Hyo Rin.”
#2 Sebagai inspirasi.
“Lagu Eyes, Nose, Lips adalah istimewa untuknya. Dia merupakan orang yang paling saya sayangi, jadi saya fikir dia sebagai inspirasi setiap kali mengubah sesebuah lagu.”
#3 Mood dipengaruhi oleh teman wanita.
Pda satu episod program Radio Star, ahli Bigbang yang lain menjelaskan bahawa betapa Min Hyo Rin mempengaruhi setiap tindak tanduk Taeyang.
“Anda boleh melihat di wajahnya sama ada Taeyang berada dalam keadaan baik atau tidak,” jelas G-Dragon.
“Anda boleh mengatakan bahawa Min Hyo Rin sangat mempengaruhi emosi Taeyang,” kata Seungri.
#4 Kejutkan yang tersayang dengan jambangan bunga.
Tak sangka Taeyang begini romantiknya bersama Min Hyo Rin. Bukti, Taeyang mengejutkan teman wanita yang tua dua tahun daripadanya dengan sejambak bunga bersama kad tertulis, “My flower, My Muse”.
#5 Sense of humor itu penting!
Lelaki kalau tiada sense of humor, sangat membosankan. Taeyang sendiri mengakui dia tidak mempunyai jenaka dan sebab itulah dia akan terus berlatih menghasil dad-jokes terbaik untuk membuat Min Hyo Rin gembira.
Bertuah Min Hyo Rin dapat Taeyang ni….