Pantone, sebuah perusahaan rutinnya meramalkan trend warna untuk tahun mendatang telah mengumumkan pilihan warna 2018.
Menurutnya, warna Ultra Violet (lebih kepada ungu) akan menjadi pilihan warna tahun untuk tahun 2018. Warna ini digambarkan sebagai warna ‘provokatif namun bijaksana’.
Pantone juga percaya bahawa warna ini melambangkan kemungkinan baru dan masa depan penuh harapan. Pantone memilih warna berdasarkan analisis mereka terhadap budaya pop, makanan, fashion, rekaan, teknologi dan lain-lain lagi.
Jika anda terfikir ingin ubah gaya dan penampilan dan terfikir untuk mewarnakan rambut dengan warna-warna unik, wanita ini merupakan inspirasi terbaik untuk anda. Mungkin tidak sehebat Rihanna, Nicki Minaj, Katy Perry tetapi percayalah setiap warna rambut Irene Kim adalah antara yang terbaik boleh anda tiru.
Baca: 10 Seleksi Warna Rambut Wanita Ini Bukti Hitam Itu Membosankan
Dan siapa sangka wanita ini terlebih dahulu mewarnakan rambutnya dengan warna ultra violet sebelum Pantone membuat pengumuman rasmi.
Yang pasti warna ini mampu mengubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue.
Jom cantik sama-sama!