Anda jenis yang suka makan makanan pedas? Rasa tak lengkaplah makanan kalau tak ada pedas? Pedas seperti makan mee segera dari Korea yang tengah trend, Samyang Hot Chicken Flavor Ramen?
Bagi anda yang makan makanan pedas, pasti tercungap-cungap dibuatnya selepas menikmati makanan tersebut, bukan? Pelbagai cara dilakukan bagi menghilangkan rasa pedas pada lidah.
Susu dapat menghilangkan rasa pedas dengan segera dan lebih efektif dibanding air sejuk. Ini kerana susu mengandungi protein yang dapat menggantikan senyawa yang membuatkan tubuh beras panas selepas mengambil menu makanan pedas.
“Susu mengandungi protein yang menghilangkan capsaicin pada reseptor lidah anda,” ujar Profesor dari New Mexico State University Chile Pepper Institute, Paul Bosnand.
Difahamkan, capsaicin ini boleh menempel pada lidah dan mulut meskipun anda telah mengunyah dan menelan cili. Ia juga menyebabkan badan terasa panas sehingga berpeluh dibuatnya.
Untuk pengetahuan anda, susu mengandungi zat kasein (berasaskan haiwan). Kasein ini adalah sejenis protein yang boleh didapati di susu mamalia. Kasein dalam susu lembu mengandungi sekurang-kurangnya 80% protein. Sebagai sumber makanan, kasein membekalkan amino acids, karbohidrat, kalsium dan fosforus. Kasein pada kandungan susu mempunyai kemampuan untuk melenyapkan kapsaisin, penyebab pedas dari lidah.