Audrey Hepburn merupakan seorang pelakon dan dermawan British yang dikenali dengan ikon filem dan fesyen beliau.
Dinobat antara ikon wanita tercantik dunia, imej Audrey Hepburn sering dijadikan rujukan dan inspirasi oleh wanita generasi ini. Gaya klasik serta minimal membuktikan dia antara ikon yang tidak lapuk dek zaman walau sudah lebih 50 tahun eranya berlalu. Dia juga membuktikan bahawa kecantikan seorang wanita tidak hanya terletak pada rupa paras sahaja, tetapi juga keanggunan, santun, serta pembawaan diri yang baik.
Sebahagian daripada fesyen staples Hepburn yang menjadi kegemaran seperti sleek black pixie pants, ballet flats dan oversize button-downs masih menjadi pilihan wanita masa kini.
Anda ingin bergaya seperti ikon fesyen ini? Ini antara pilihan wajib mesti ada dalam almari bilik!
#1 Lihat betapa effortless Audrey Hepburn menggayakan t-shirt berjalur ini.
#2 Audrey sentiasa dilihat memakai midi skirt bersama strappy sandal, seragam musim panas yang bersesuaian untuk semua wanita di negara ini.
#3 Seterusnya adalah plaid shirt. Mungkin korang boleh pakai kemeja kotak ini dengan pants untuk imej ke pejabat manakala dipadankan bersama denim dan sneakers untuk kelihatan lebih kasual.
#4 Turtleneck merupakan fashion staples sesuai dipakai setiap musim.
#5 Sentiasa pilih kemeja jenis yang bersaiz besar untuk disuai padan dengan pelbagai gaya sama ada memakai leggings/tights dan sebagainya.
#6 Item yang mesti dimiliki setiap wanita malah menjadi favourite Audrey Hepburn juga, ballet flats. Sekali-sekala lari dari tumit tinggi apa salahnya kan…
#7 Seluar berjalur menawarkan cara terbaik untuk ilusi memanjangkan kaki.
#8 LBD (little black dress) paling selamat dipakai untuk acara rasmi mahupun santai.
Kita pun boleh tiru fesyen Audrey Hepburn ni…