Jenama fesyen wanita kelahiran Sweden kali ini tampil ceria memperkenalkan koleksi musim bunga/panas 2018 mereka yang rata-rata bersifat funky dan versatile!
Koleksi baharu ini terdiri daripada helaian kasual dan formal yang boleh dipadankan dengan aksesori istimewa lain rekaan terkini MONKI seperti anting-anting, kalung, beg tangan, kasut dan sebagainya.
Apa yang lebih menarik, antara helaian untuk musim bunga/panas ini diperbuat menggunakan fabrik mampan yang mesra alam tahu?
Inisiatif itu adalah sebahagian matlamat MONKI untuk meneruskan misinya bagi memanfaatkan kapas organik yang boleh dikitar semula menjelang tahun 2020 nanti.
Menurut Ketua Rekaan MONKI, Caroline Carlryd, “Kami menggunakan 100 peratus sumber kapas organik untuk produk denim sejak 2016 malah, sedikit kelainan yang diketengahkan kali ini kerana MONKI juga memanfaatkan material poliester, poliamida dan plastik kitar semula.
Khas untuk musim bunga/panas tahun hadapan, MONKI mencipta corak cetakan berahi pada helaian-helaian utamanya seperti corak abstrak, jalur, kotak-kotak dan pelbagai lagi cetakan unik untuk menggambarkan warna-warni musim bunga.
Dari segi perinciannya pula, sulaman motif mewah, trim ropol dan jahitan manik banyak ditonjolkan meliputi palet rona terang, monokrom dan pastel.
Kesemua koleksi musim bunga/panas 2018 MONKI dijangka memasuki pasaran sekitar Mac tahun depan. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.monki.com] atau lawat laman Facebook rasmi MONKI di [www.facebook.com/Monki].