Perkara yang paling menakutkan bila sesudah bersolek ialah hasilnya tidak seperti yang kita harapkan. Warna-warna pilihan jadi tidak kena dan muka dah boleh berubah menjadi badut! Sama seperti dunia fesyen, dunia solekan juga memerlukan mix-match yang sempurna untuk menghasilkan look yang cantik dan tampak fresh.
Permainan warna amat penting dan ada peraturan tersendiri lebih-lebih lagi untuk rona pipi dan bibir anda. Silap match dua warna untuk mekap point ini boleh buat whole makeup look anda jadi bahana makeup disaster.
Buat anda yang masih beginner dalam dunia mekap atau sudah lama, mari kita sama-sama refresh semula tips penting dalam mekap iaitu cara paling terbaik untuk pilih warna pemerah pipi sedondon dengan warna gincu dibibir.
Jika pakai gincu merah jambu
Warna manis merah jambu bibir anda lebih sesuai dipadankan rona yang sama untuk pipi anda. Ia beri ilusi wajah tampak lebih sweet dan innocent. Tidak semestinya anda perlu pilih warna pink yang sama, at least ia biar dari warna yang senada supaya ia membangkitkan wajah segar.
Jika pakai gincu merah menyala
Pemerah pipi warna tanah/neutral atau merah jambu paling tepat untuk digandingkan dengan bibir merah. Ingat, bila anda pakai warna gincu yang ‘garang’ elakkan memakai menyapu pemerah pipi terlalu pekat. Biar ia seimbang dengan warna bibir. Warna pipi cukup light dan tampak effortless..
Jika pakai gincu nude atau peachy
Untuk warna gincu nude atau peach, pemerah pipi warna yang senada paling tepat. Atau anda boleh gantikan pemerah pipi dengan bronzer. Ia lebih menonjolkan bibir nude anda dan wajah akan tampak lebih segar. Sesuai untuk summer looks!
Jika pakai gincu gelap atau warna berry
Takut tampak garang bila pakai gincu warna gelap seperti warna ungu gelap? Sapukan rona pemerah pipi dari warna merah jambu terang atau tanah. Jangan sapu terlalu tebal, biasakan dengan sapuan ringan hanya untuk menonjolkan tulang pipi. Dah cukup!
BACA: Tips Mekap! Padanan Warna Pemerah Pipi Setiap Tona Kulit
Warna gincu dan pipi yang harmoni akan menghasilkan mekap yang tampak profesional dan sempurna. Barulah nak keluar rumah pun yakin!