Kasih sayang sering dikaitkan dengan perhatian. Begitu berkuasanya perhatian kerana darinya ia menzahirkan rasa dihargai, disayangi dan dicintai. Tanpa perhatian, hubungan yang terjalin boleh terputus ditengah jalan. Ramai individu yang gagal dalam percintaan kerana sukar memberi perhatian atau tidak tahu untuk menagih perhatian dengan cara paling terbaik.
Cara paling ‘matang’ kebanyakan wanita meminta menagih dengan merajuk. Alahai, sangat kebudak-budakkan sebab itulah ramai lelaki jadi meluat dan lari dari hidup anda. Terdapat banyak lagi cara lain untuk mendapatkan perhatian dari si dia. Ingat, tips ini hanya untuk wanita yang benar-benar matang dan sanggup membuka pekuk hati dan kepala.
#1 Lakukan hobi si dia
Tak kiralah si dia gemar bersukan, memasak atau apa sahaja, cuba anda turut sama-sama melakukannya. Lama-kelamaan si dia perasan akan usaha anda dan tak boleh lakukan tanpa anda!
#2 Ucapkan ‘ I love you’ tak kira masa
Biasanya kita akan ucapkan sebelum tidur atau ketika berjumpa. Apa salahnya untuk anda tiba-tiba mengucapkan ‘I love you’ pada masa yang tidak biasa ucapkan. Biar nanti si dia ternanti-nanti bila lagi anda mahu ucapkannya
#3 ‘Okay tak hari ini?’
Soalan ringkas tapi cukup bermakna. Cukup untuk tanyakan si dia dengan soalan itu dan dengarkan sahaja bicaranya tentang aktiviti harian dia. Secara tidak langsung si dia juga akan bertanya soalan yang sama untuk anda.
#4 Sentiasa ingatkan si dia tentang memori bersama
Tak salah jika ruang bicara anda dan si dia penuh dengan memori indah bersama. Pancing si dia untuk mengingatkan kenangan yang telah dibina.
#5 Tunjukkan minat tentang si dia
Janganlah ego, tonjolkan perasaan sebenar anda kepada si dia lebih lagi apabila si dia khabarkan suatu yang menggembirakan. Senyum, ketawa lah bersama supaya si dia rasa dihargai.
Jika anda benar inginkan perhatian dari si dia, lakukan dari sisi anda dahulu. Jangan terlalu mengharapkan semuanya dari si dia. Setiap hubungan perlukan tolak ansur dan menghargai satu sama lain.