Dilaporkan minyak wangi Kim Kardashian “Crystal Gardenia” tidak boleh dibawa masuk ke Australia dan New Zealand. Kenapa?
Nampaknya minyak wangi keluaran yang baru ini mengandungi jumlah alkohol yang tinggi kerana ia telah dilabelkan sebagai ‘berbahaya’ dan ‘mudah terbakar’ untuk proses penghantaran.
Wakil FedEx memberitahu Insider bahawa carrier yang bertanggungjawab berusaha mencari jalan dengan KKW Fragrance untuk menyelesaikan segala proses yang terbantut.
“FedEx Express menjelaskan minyak wangi telah dibungkus dengan betul dan diisytiharkan dalam dokuman penghantaran. Kami bekerjasama dengan pasukan Kim Kardashian untuk membantu mereka menyelesaikan sebarang masalah pembungkusan atau dokumentasi yang mungkin mereka alami,” terang pihak FedEx.
Sebelum ini, banyak wangian dilabel ‘mudah terbakar’ atau ‘berbahaya’ bagi setiap piawaian penghantaran kerana ia menganduungi bahan biasa yang disebut ethyl alcohol. Walaubagaimanapun, untuk keluaran Crystal Gardenia, jumlah sebenar ethyl alcohol tidak disenaraikan dengan jelas.
Hurmmm agak musykil dekat situ….