Bila sebut nama si suami, pasti nama si isteri juga mendapat perhatian. Begitulah yang terjadi pada pasangan yang sentiasa menjadi tumpuan umum. Dimana-mana sahaja kisah kehidupan cinta dan rumah tangga mereka menjadi desas-desus untuk menghiburkan mereka yang gemarkan gosip sementara. Namun disebalik itu mereka juga mempunyai kejayaan yang didukung bersama-sama sehingga digeruni ramai orang.
10 pasangan ‘power couple’ bakal Wanista senaraikan ini memang sentiasa menjadi pujaan dan perhatian tidak kira di media sosial atau realiti.
#1 Awal Ashaari & Scha Alyahya
Pasangan suami isteri yang telah berkahwin pada lima tahun lalu kini masih lagi aktif sebagai pelakon dan pengacara untuk acara terkemuka hiburan Malaysia. Menariknya lagi, anak perempuan mereka Lara Alana meraih popular lebih dari mereka. Satu keluarga ini menjadi pelbagai duta untuk jenama bertaraf antarabangsa tau!
#2 Jay Z & Beyonce
Jika si isteri mempunyai suara lunak yang lantang manakala si suami seorang produser muzik dan rapper paling berjaya. Bayangkan Jay-Z sahaja memiliki harta sebanyak $810 juta! Bagaimana pula kalau dicampur dengan harta Beyonce, memang tidak terkira jumlahnya. 11 tahun bersama, mereka mempunyai 3 orang cahaya mata, dua daripanya pasangan kembar.
#3 Hairul Azreen & Hanis Zalikha
Jika dahulu banyak muncul di kaca televisyen tapi kini mereka sibuk mengurus perniagaan bersama. Jarang menunjukkan gambar mesra di media sosial tapi kita semua tahu mereka sememangnya pasangan bahagia. Lihat sahaja lah anak lelaki Hairul dan Hanis ini, memang kuss semangat! Mereka bukan sahaja jadi pasangan contoh tapi ibu bapa contoh.
#4 Ryan Reynolds & Blake Lively
Wanista boleh katakan mereka adalah pasangan yang paling sempurna di abad ini. Ryan dan Blake menempa nama di Hollywood dan kini semakin giat dalam dunia perfileman. Tahun hadapan sahaja, pasangan suami isteri bakal muncul filem blockbuster masing-masing.
#5 Zain Saidin & Rozita Che Wan
Pernah mengejutkan peminat dengan hubungan mereka kerana jurang umur mereka yang sangat berbeza. But love conquers all.. Walaupun sudah jarang muncul sebagai pelakon, mereka berdua kini sibuk menguruskan perniagaan fesyen dan kecantikan. Setiap dari ahli keluarga besar ini mempunyai peminat masing-masing di akaun media sosial mereka tau!
#6 John Legend & Chrissy Teigen
Romantis… Tidak seperti pasangan Hollywood yang lain, Chrissy dan John tidak ragu-ragu menayang aksi mesra dihadapan kamera atau diluar. Malah di akaun media sosial, mereka tidak pernah mengalah mengatakan rasa cinta antara satu sama lain. Aauuwww!
#7 Fadza Anuar & Vivy Yusof
Tak perlu diperkenalkan lagi, pasangan jutawan muda dan sentiasa menjadi ikutan anak muda di laman sosial. Pasangan ini berjaya memonopoli pasaran jualan atas talian fesyen dan ruangan sosial atas talian. Gelagat mereka dan anak-anak sentiasa menghiburkan!
#8 David Beckham & Victoria Beckham
Erat bersama sejak tahun 1999 lagi! Bekas penyanyi pop Victoria dan atlet bola sepak terkemuka David Beckham menjadi ‘power couple’ apabila masing-masing tidak mengah mencipta nama dalam dunia perniagaan. Kini anak-anak kepada pasangan hebat ini pula sedikit sebanyak mengikut jejak langkah ‘popular’ mereka.
#9 Fattah Amin & Fazura
#Fattzura menjadi tangga teratas di akhir tahun ini apabila mengumumkan pertunangan dan perkahwinan yang telah berlangsung secara rahsia. Jarak umur, populariti dan mempunyai penampilan yang sempurna buat nama mereka sering menjadi kata-kata peminat. Semoga pasangan ini terus sukses dan bahagia ke anak cucu!
#10 Kanye West & Kim Kardashian West
Jika dilihat secara kasar, mereka berdua mempunyai karakter yang berbeza tapi sehingga kini Kanye dan Kim K masih teguh bersama. Walaupun terlibat dalam pelbagai kontroversi dan khabar angin penceraian ia langsung tidak menganggu mereka malah masih lagi mengaut keuntungan dari perniagaan dan populariti. Yasss!!
Dalam sepuluh diatas Wanista amat merindui Jolie-Pitt, jika mereka masih bersama pasti mereka tercalon diatas!