Buat pertama kalinya Machines Sdn Bhd (Machines) mengumumkan bakal mengadakan jualan atas talian Machines 12:12 selama 12 hari bermula 12 Disember 2017 hingga 24 Disember 2017.
Machines menawarkan turunan harga yang berbaloi iaitu Apple Watch (harga dari RM999), iPad Pro (harga dari RM1,599), MacBook Air (harga dari RM2,999), MacBook (harga dari RM3,9990, MacBook Pro (harga dari RM6,999) dan produk lain dengan diskaun sehingga 80%!
Setiap pembelian melalui stor atas talian Machines disediakan penghantaran percuma untuk pelanggan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pelanggan juga diberi pilihan untuk mengambil sendiri produk melalui stor Machines yang terpilih. Bayaran boleh dilakukan melalui pindahan secara talian atau akses kad kredit.
Kesemua produk akan dibungkus dengan bungkusan asli dan didatangi dengan jaminan selama satu (1) tahun dari tarikh pembelian. Selain itu, jam tangan pintar yang dibeli semasa hari jualan juga layak menerima Machines Protection Plan – jaminan selama dua tahun untuk melindungi kerosakan produk akibat kemalangan.
Untuk maklumat lanjut dan senarai penuh produk Machines, layari https://machines.com.my/collections/1212