Kalau dilihat di Barat, bakal pengantin perempuan biasanya akan mengenakan semula baju pengantin dari ibu mereka. Namun tidak semuanya yang mahu berbuat begitu, lebih-lebih lagi di zaman sekarang yang terdapat lebih banyak pilihan fesyen dan gaya baju pengantin.
Lain pula dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Louise memakai semula baju pengantin ibunya yang telah berusia 40 tahun.
Menariknya, Louise menjayakan penggambaran tersebut pada tarikh yang sama ketika ibunya berkahwin pada 24 Jun 1977.
Stail penggambaran yang dipilih olehnya bertemakan rustic atau ladang. Lihatlah baju yang berusia 40 tahun itu, masih lagi tampak bergaya dan fabriknya langsung tidak dimamah usia.
Bila melihat antara gambar Louise dan ibunya, wajah mereka saling tidak tumpah!