Orang ada menyebut, nak melahirkan anak itu mungkin nampak mudah tetapi apabila sudah merasainya nanti, barulah kita tahu bahawa sakit melahirkan itu adalah sakit yang paling sakit di muka bumi ini.
Biarpun begitu, jangan terlalu cepat panik kerana terdapat pelbagai teknik yang bakal-bakal ibu di luar sana boleh pelajari bagi mengurangkan kesakitan bersalin termasuklah yang disebabkan kontraksi semasa proses pra melahirkan itu sendiri.
Apa Itu “Gentle Birth”?
“Gentle Birth” adalah teknik untuk bersalin dengan mudah, tenang dan selamat. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit kontraksi, ketika proses melahirkan serta selepas bersalin.
Menurut perkongsian seorang wanita menerusi akaun Facebook yang bernama Siti Aai Shah, beliau tampil berkongsi tentang pengalamannya memanfaatkan teknik “Gentle Birth” ini.
Antara 7 tips yang sempat dikongsikan adalah:-
#1 Amal Teknik Pernafasan Yang Betul
Kontraksi adalah saat yang sakit buat ibu-ibu yang hampir melahirkan. Ada yang berkata sakitnya itu umpama pinggang mahu patah, sakitnya adalah berkali ganda daripada sakit senggugut, rasa macam nak terputus urat pun ada. Semua itu hanyalah yang digambarkan orang lain dan mungkin pada atas dasarnya sahaja. Percaya atau tidak, sakit yang digambarkan itu sebenarnya boleh hilang/kurang apabila proses melahirkan diselangi pernafasan yang betul.
Caranya… Apabila kontraksi sudah dapat dirasa, siap sedia untuk traik hela nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan secara perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan sebarang suara. Ulang sebanyak 3 hingga 5 kali, In Shaa Allah, kesakitan tadi akan berkurang. Ia juga akan bantu ibu-ibu untuk berasa tenang dan relaks (tidak panik).
#2 Kawal Minda Separa Sedar
‘Minda separa sedar’ tidak berfungsi secara logik namun ia dapat bantu anda berimaginasi, serta merasakan perasaan dan emosi yang sebenar.
Contohnya…
Minda sedar: Aku nak bersalin normal!
Minda tanpa sedar: Boleh ke normal? Anak pertama ni, macam susah je. (Ini yang perlu diubah).
Menurut sumber, ‘minda separa sedar’ menguasi 90 peratus diri seseorang itu dan hal itu mesti diubah dan individu berkenaan sendiri yang harus tampil mengawalnya supaya dapat mengaktifkan ‘minda sedar’.
Cara untuk mengaktifkan minda sedar adalah dengan bercakap dengan diri sendiri, boleh juga dilakukan sebelum tidur. Sebut niat positif pada diri bahawa:-
- “Baby akan bersalin dalam masa beberapa minggu lagi!”
- “Mudahnya hendak bersalin”.
- “Pasti akan bersalin normal!”
- “Lepas bersalin tak sakit-sakit dah…”
- “Masuk labour room nanti mesti setengah jam saja”.
- “Aku mesti akan dapat bentuk badan asal kembali selepas bersalin”.
#3 Sentiasalah Positif
Tanam sifat positif dalam diri dan perlu bijak tapis semua perkara dan hanya ambil yang positifnya sahaja. Orang dikeliling juga perlu tahu bahawa jaangan sekali-kali buat ibu hamil diselubungi kesedihan. Apabila murung, proses melahirkan akan menjadi sedikit tegang.
Saat-saat sebelum bersalin, banyakan berdoa dan menyebut kata-kata positif pada diri. Sebut yang anda kuat, bayi akan selamat, anda boleh mengahrungi semuanya kerana anda adalah wanita yang tabah! Percaya juga yang Allah sentiasa melindungi hambanya bagi yang beragama Islam.
#4 Berada Lama Pada Posisi Sujud
Tahukah anda bahawa jika anda bisa mengamalkan solat secara normal, salah satu cara untuk mempercepat pembukaan rahim adalah dengan bersujud. Ia juga berkesan untuk mengurangkan sakit kontraksi. Bagi ibu yang mempunyai kandungan songsang, bersujud mampu membetulkan kedudukan bayi dalam perut secara berperingkat dengan izin Allah.
#5 Alihkan Kesakitan Kepada Nikmat
Bila sedang merasakan kesakitan kontraksi, cuba bayangkan perkara yang indah-indah. Jangan terlalu ikutkan hati untuk merasa kesakitan itu. Jangan terjerit atau meraung kerana itu akan menambah kesakitan.
Tenanglah dan terus membayangkan wajah bayi yang bakal lahir nanti. Bayangkan wajah suami dan kaum keluarga anda dan berniat nekad yang anda mahu melahirkan dengan selamat.
#6 Zikir & Amal Doa Nabi Yunus
Masih ingat cerita peristiwa Nabi Yunus terperangkap dalam perut ikan paus?
Basahkan bibir dengan zikrullah serta doa yang Nabi Yunus bacakan sewaktu meminta pertolongan dariapda Allah sewaktu beliau terperangkap dalam perut ikan paus selama berhari-hari:-
“Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin.”
#7 Kurma & Air Zam Zam
Kurma dan air zam zam berkhasiat dan mampu beri tenaga segera pada tubuh. Lebih-lebih lagi sebaik sebelum melangkah masuk ke dewan bersalin (labour room), pastikan anda menjamah sedikit air zam zam dan kurma dengan harapan ia mampu menyalurkan kuasa dan tenaga luar biasa agar proses bersalin menjadi lancar.
Selamat beramal!❤️