Minggu lalu Black telah tamat tayangan selepas 18 episod konflik dan mencemaskan.
Namun disebalik kejayaan drama yang berjaya menarik sehingga 3.7%, penulis asal ‘Black’ Choi Ran meluahkan rasa sebenar beliau tentang drama tersebut di entry blog beliau.
Tajuk awal yang diberi ialah “Saying Farewell to Black”adalah sebuah drama yang sangat bermakna terhadap Choi Ran tapi bagi beliau apa yang telah dilakonkan dalam kaca televisyen berbeza dengan cerita asal.
“Black seperti anak saya sendiri yang telah saya jaga selama ini. Saya rasa sedih dan emosi saya sedikit terganggu apabila menonton drama tersebut. Saya berasa sedih kerana apa yang saya ingin sampaikan dan potrait berbeza di siaran. Saya bekerja keras selama ini, tapi saya rasa mungkin terdapat kekurangan komunikasi.”
Tambahnya lagi,
“Perasaan saya lebih terluka apabila saya mendengar khabar angin tentang saya (atau pasukan penulis) telah memuatnaik skrip episod terakhir dan menjualnya dari penulis”
Choi Ran menafikan segala khabar angin dan tuduhan tersebut.
Drama Black sebuah drama romantik misteri dimana kisah malaikat maut yang memasukki badan manusia lakonan Song Seung Heon dan wanita yang boleh melihat bayang-bayang kematian, lakonan Go Ara.