Krim yang pekat dan tebal bahan utama untuk mendapatkan hasil pastri yang terbaik dan biasanya di Eropah sahaja terdapat krim yang mengagumkan. European Cream mempunyai keunikan tersendiri disamping masih menjaga rasa tradisi dan reputasi untuk kualiti pastri yang sofistikasted.
Baru-baru ini French Dairy Inter-Branch Organisation (CNIEL) dan European Union telah mengadakan demostrasi tentang keunikan pastri yang dihasilkan dari European Cream. Di acara tersebut, menunjukkan pelbagai teknik dan memasak krim oleh Chef Oger. Hidangan yang diperkenalkan ialah Berry Madeleine Basket, Cream Catalane Passionement, Speculoos Chocolate Tart dan Frozen Parfait.
Apa yang membuatkan European Cream menjadi yang terbaik ialah konsistensi dan kandungan lemak. Menariknya lagi, kandungan protein dalam lemak krim akan bertukar kepada buih-buih jika dipukul dan seterusnya akan menghasilkan krim yang berudara atau lembut.
Kualiti European Cream sememangnya tiada tandingan dan boleh dijadikan sebagai asas dalam menghasilkan apa jua pastri dan hidangan pencuci mulut. Dapatkan European Cream di pasaraya dan kedai runcit premium berhampiran anda.