Buat julung kalinya, palet asas solekan PIPI by #SyedKillerEyes kini di FashionValet!
Jurusolek profesional Syed Faizal Syed Noh yang merupakan seorang makeup artist (MUA) terkemuka yang cukup dikenali dalam kalangan industri hiburan tanah air ini akhirnya melancarkan satu lagi edisi baharu menerusi pengenalan PIPI dan ALAT khas untuk rangkaian alat solek yang dibangunkan sendiri olehnya yang dipanggil Syed Faizal Beauty.
Jenama ini mula diuar-uarkan kepada umum sekitar Jun 2016 tahun lalu yang kemudian mendapat tempat di hati para peminat mekap melalui koleksi gincu BIBIR serta palet pembayang mata MATA.
Oleh kerana minat mendalamnya tentang kosmetik dan teknik solekan, Syed Faizal komited mahu mencipta satu jenama kecantikan yang mampu memberi pilihan yang lebih mesra kepada pengguna masa kini. Bagi Syed, produk yang dihasilkannya adalah untuk memberi peluang kepada wanita dan anak-anak gadis di luar sana untuk mengekspresikan diri serta kecantikan mereka dengan cara tersendiri melalui solekan.
Bukan itu sahaja, Syed juga percaya solekan tidak mempunyai syarat tertentu asalkan si pemakai tahu bagaimana memanfaatkan teknik solekan terbaik sambil menggunakan alat dan produk kosmetik yang bertepatan.
Sebelum ini, ramai selebriti dan personaliti tanah air yang telah mendapat sentuhan halus dariapda Syed Faizal termasuklah Neelofa, Scha Alyahya, Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Izara Aishah dan ramai lagi. Beliau memiliki 10 tahun pengalaman dalam bidang solekan malah pernah berkhidmat untuk menyolek wajah-wajah bintang kulit majalah terkenal seperti GLAM, EH! dan Intrend Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, PIPI by #SyedKillerEyes adalah palet universal lengkap 3 dalam 1 yang merangkumi bronzer, pemerah pipi dan highlighter yang sesuai dengan semua tona kulit.
Ia dirumus khas untuk memberi sensasi rona asli agar wajah kelihatan segar dan menawan tanpa perlu menggenakan solekan berlebihan.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.fashionvalet.com/syedfaizalbeauty] atau klik [di sini] untuk membeli palet #PIPIbySyedKillerEyes pada harga RM85 sekarang.