Ginseng dikenali sebagai bahan penyembuh dan sebati dengan masyarakat Cina, dimana ia telah digunakan sebagai tonik dan ubat sejak 5,000 tahun dahulu. Mempunyai matlamat untuk mewujudkan kesedaran mengenai ginseng merah Korea dan bagaimana ia membantu dalam segi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia Korea Ginseng Corporation (KGC) telah menerajui Seminar CheongKwanJang 2017 yang pertama di Malaysia dengan sokongan rakan tempatan KMT Trading Sdn. Bhd serta Korea Trade & Investment Promotion Agency (KOTRA) Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang penyelidikan terhadap ginseng merah Korea secara mendalam.
Ginseng mengandungi pelbagai komponen farmakologikal, termasuklah satu siri saponin triterpenoid tetracyclic (ginsenosida), poliasetilena, bahan-bahan polifenol dan polisakarida berasid. Ekstra-ekstra ini menghasilkan bahan-bahan antimikrob yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan dari jangkitan bakteria dan virus dimana ia membantu meningkatkan sistem imunisasi. Kesan proaktif ginsenosida membantu meningkatkan daya tumpuan dan fungsi otak secara keseluruhannya dengan merangsang sel-sel otak. Ia boleh memperbaiki peredaran darah dengan menghalang pembentukan trombus dan boleh mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular.
Korea Ginseng Corporation telah menghasilkan ginseng sejak 118 tahun. Memperkenalkan ginseng mentah yang bersih dan berkualiti melalui penanaman dan kaedah pemprosesan ginseng yang sistematik – dari persekitaran penanaman yang sesuai, pengeluaran yang mementingkan kualiti sehingga mengoptimumkan kebersanan ginseng merah Korea melalui penyelidikan dan pembangunan.
Proses ginseng merah ialah dengan stim ginseng mentah secara berulang kali sehingga ginseng tersebut bertukar kepada warna perang atau kemerahan. Ia boleh disimpan dengan mudah untuk tempoh yang lama tanpa menjejaskan kualiti. Ginseng merah sering dikenali dengan manfaat yang dapat meningkatkan sistem imunisasi, membantu memulihkan tubuh dari keletihan, memperbaiki peredaran darah, meningkatkan aktiviti otak dan bertindak dengan ciri-ciri antioksida.
CheongKwanJang telah diiktiraf secara dengan ginseng Korea berkualiti tinggi yang digemari oleh warga Korea selama ribuan tahun apabila kerajaan Korea mula mengenakan taraf kawalan kualiti yang tinggi. Jenama ini melambangkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti hebatnya yang mewakili semangat pembuatan dan usaha yang berterusan.