Cinta baru yang kembali berputik diantara penyanyi pop Selena Gomez dan Justin Bieber menjadi perkhabaran gembira dunia! Lebih lagi kepada peminat yang tidak putus mengharap #Jelena kembali bersatu.
Dalam kegembiraan ini tanpa sedar ibu Selena Gomez, Mandy Teefey kurang suka dengan hubungan semula Justin dan anak perempuannya.
Sumber memberitahu E! News,
“Keluarga beliau langsung tidak gembira dengan hubungan baru ini”
Tambahan lagi, mereka sangat risau dengan keadaan penyanyi cantik itu selepas pembedahan pindahan buah pinggang dan kembali rapat bersama bekas teman lelaki yang ‘kurang baik’.
Menurut dari sumber itu lagi,
“Keluarga Selena sangat meragui perubahan Justin dan tidak rasa lelaki yang baik untuknya. Walaupun kelakuannya ada sedikit perubahan sekarang, tapi biasanya hanya sekejap. Dia telah banyak melakukan tekanan pada keluarga dan Selena sendiri. Malah mereka juga sangat sedih Selena memilih jalan ini. Mereka mahu melindungi sebaik-baiknya, tapi ini semua beri mereka tekanan dan luka bila melihat Selena memberi peluang sekali lagi kepada Justin”
Lebih menguatkan lagi rasa tidak suka kepada Justin, penyanyi pop itu tidak dijemput untuk menyambut perayaan bersama Selena.
BACA: Throwback 7 Tahun Momen Cinta #Jelena Buat Peminat Tak Move On
Nampaknya hubungan cinta baru #Jelena ada musuh dalam selimut iaitu keluarga. Dapatkah mereka kembali bersama dan mendapat restu?