Baru-baru ini, Cold Storage tampil melancarkan kedai flagship mereka di KLCC bagi menawarkan akses kepada lebih banyak pilihan barangan segar buat para pengguna.
Kedainya yang terdahulu sudah diubah suai agar bertepatan untuk rata-rata pengguna yang hadir daripada pelbagai latar belakang, Cold Storage KLCC kini komited untuk menjadi sumber inovasi kepada inspirasi segar dalam membantu pengguna moden hari ini menjalani kehidupan seharian tanpa halangan.
Konsep baharu Cold Storage KLCC akan menawarkan lebih banyak pilihan makanan segar termasuklah daging, ikan dan wine dan dalam masa yang sama, membawa masuk pelbagai jenama luar negara untuk memberi lebih keterujaan buat pengguna yang gemar mencuba rasa-rasa baru yang unik.
Bukan itu sahaja, antara keistimewaan cawangan Cold Storage di KLCC adalah ia dilengkapi dengan teknologi kod QR di mana pengguna dengan mudah boleh mengimbas kod menggunakan telefon pintar untuk mengetahui maklumat berkenaan sesuatu barangan sebelum membeli termasuklah nutrisi makanan, fakta menarik berkenaan sesebuah item itu serta resipi.
Pelbagai aktiviti menarik yang akan dianjurkan Cold Storage KLCC bersempena Krismas akan datang dan rasai kemeriahannya bersama sambil membeli-belah di sini. Para pelanggan yang membeli RM100 ringgit dan ke atas dalam satu resit layak mendapat satu beg serbaguna yang boleh diguna kembali, sementara stok masih ada.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [coldstorage.com.my] atau lawat laman Facebook Cold Storage Malaysia di [www.facebook.com/ColdStorageMalaysia].