Maarimaia telah menjadi salah satu pakaian trendsetter untuk wanita berfesyen tinggi khasnya diantara fashionista.
Setelah setahun menapak dalam industri fesyen, Maarimaia secara rasminya mengeluarkan koleksi yang ketiga Vol.3 : Bloc & Flo, iaitu siri kedua dengan rekaan kontras dan sempurna teliti.
Diinspirasikan dari pelukis Ellsworth Kelly, Bloc menceritakan hubungan dinamik diantara bentuk dan warna manakala Flo nama yang dicadangkan untuk siri pergerakan dan cecair.
Menariknya tentang koleksi ini ia boleh bertukar kepada ke pejabat atau pergi berhibur. Potongan baju yang rileks beserta perincian manik 3D disulam dan lengan bersaiz besar memberikan gaya moden, berstruktur namun ia masih mengekalkan gaya feminin sesuai untuk wanita yang ingin bersiap cepat.
Koleksi Maarimaia boleh didapati di The Studio @ The Gardens Mall dan pelanggan juga boleh membuat custom design disana. Selain itu, Maarimaia akan berada di atas talian di www.maarimaia.com, Etsy dan Fashion Valet.
Maarimaia merupakan produk tempatan yang direka dan dikeluarkan di Malaysia.