Musim ini, H&M menyunting dua orang bintang terkemuka dari China iaitu Yang Mi dan Mark Chao untuk turut sama memeriahkan kempen global Tahun Baru Cina 2018.
Masing-masing yang berasal daripada Beijing dan Taiwan berbangga kerana buat julung kalinya diberi peluang untuk bekerjasama dengan jenama fesyen global H&M.
Bersempena tahun anjing, kesemua koleksi eksklusif yang menghimpunkan helaian pakaian serta aksesori untuk wanita dan lelaki yang disisip dengan perincian “ong” itu akan mula dipasarkan pada 25 Januari depan di semua cawangan gedung H&M seluruh Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Hong Kong, Thailand, Taiwan, Macau, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Kanada.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.hm.com] atau lawat laman Facebook H&M Malaysia di [www.facebook.com/hmmalaysia].