Sebelum ini, kecoh kita bualkan gosip Kylie Jenner sakan menyorok kehamilannya yang konon mengandungkan anak teman lelakinya, Travis Scott. Namun, selang beberapa minggu kemudian akhirnya Kylie mengaku yang dia sememangnya hamil dan tidak sabar untuk menunggu kehadiran orang baru itu yang turut disambut mesra oleh kakak-kakaknya yang lain.
Beberapa jam yang lalu, lapor portal hiburan E! rupanya kakak tiri kepada Kylie iaitu Khloe juga sedang sarat mengandung dan dia telah berjaya menyimpan rahsia itu dengan cermat selama hampir 7 bulan sekarang dan anak itu adalah hasil hubungannya bersama Tristan Thompson, yang merupakan seorang pemain bola keranjang terkenal.
Setelah sekian lama berdolak-dalik dengan andaian netizen bahawa beliau juga sedang mengandung sama seperti Kylie, akhirnya beliau berterus terang dengan memuat naik foto perutnya ke Instagram yang sudah semakin membesar, beberapa jam lalu.
Yang menjadi persoalannya kini, bagaimana Khloe begitu berhasil membuatkan semua orang tidak perasaan akan bentuk perutnya yang membesar dek sedang hamil?
Menurutnya, jika perasan, beliau akan sering mendukung anak buahnya, Dream Kardashian untuk menutup “baby bump” dan selain itu apabila membuat kemunculan di tempat-tempat awam, Khloe akan menutup bahagian perut dengan cara memegang beg tangan ke hadapan -menyarungkannya ke lengan. Adakalanya juga, Khloe akan memanfaatkan gaya pakaian bersaiz besar seperti oversize jaket dan kardigan labuh untuk mangaburi lensa kamera dan mata orang ramai.
Oh yes! She did it and mission accomplished! Nampaknya makin ramai dan besarlah keluarga Kardashian ni.