Appeton, salah satu jenama farmaseutikal terunggul di Malaysia, melancarkan rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ dengan pembungkusan baru hari ini bersama duta jenamanya, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.
Apabila jenama ini memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ menjalani pembaharuan, mereka melaksanakan penyelidikan. Dan jenama ini memutuskan untuk memasukkan karikatur kedua- dua kerjaya mulia ini, bersama dengan seorang angkasawan untuk menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa mereka boleh, dan harus sentiasa menyimpan impian yang lebih besar.
Ini adalah ‘idea besar’ yang mendorong Appeton untuk bekerjasama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Sebagai yang pertama, dan pada masa ini, satu-satunya angkasawan Malaysia yang berjaya terbang di angkasa lepas, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar adalah jurucakap yang terbaik untuk Kempen Dream Big A-Z Vitamin C Appeton.
Kempen Dream Big Appeton akan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk ‘Memiliki Impian Besar’, dan mengingatkan ibu bapa untuk memastikan mereka sentiasa sihat dan dilindungi, agar mereka dapat mencapai bintang-bintang.’
Kini, Appeton tetap teguh dalam usaha memenuhi permintaan untuk produk penjagaan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang kompetitif. Mengaplikasikan kombinasi unik kepakaran serta penyelesaian industri dengan konsep yang betul, Appeton terus berusaha untuk memberikan kualiti yang terbaik kepada semua.
Rangkaian ‘A-Z Vitamin C’ Appeton boleh didapati di farmasi-farmasi utama dan kedai perubatan Cina di seluruh negara.