Kebanyakan dari kita berat untuk membuka mata langsung mengangkat tubuh dari katil pada waktu pagi. Lagi malas bila buka sahaja mata memikirkan tugasan yang tergendala dirumah dan dipejabat. Sebab itulah ada yang pagi-pagi sudah moody kerana dibayangi perkara yang harus diselesaikan.
Prinsip utama untuk mendapatkan bangun pagi yang tenang dan cergas ialah dengan melakukan persiapan awal. Nak tahu apa lagi cara untuk permulaan hari yang baik, teruskan membaca..
#1 Jangan tengok telefon pintar
Siapa kat sini suka tengok phone dulu selepas bangun tidur? Jangan! Tabiat tersebut buat anda berlengah-lengah dan jadi lambat untuk bersiap pagi. Seeloknya matikan alarm dan terus bangkit.
#2 Lakukan senaman ringkas
Tak mampu keluar berlari pagi, cukup sahaja anda buat regangan ringkas di tepi katil. Setiap pergerakan mampu merembaskan hormon positif.
#3 Pentingnya persiapan
Malam sebelum itu, siapkan tugasan seperti mengosok pakaian, mengikat plastik sampah dan menyediakan bekal makanan atau sarapan. Waktu pagi biasanya singkat dari waktu malam, lakukan segala persiapan pagi pada malam sebelumnya.
#4 Multi-tasking
Pagi-pagi biasanya semuanya nak cepat bukan? Jadi belajarlah untuk menjadi multi-tasking supaya tugasan pagi anda lebih pantas. Paling mudah, sambil mandi anda boleh memberus gigi, sambil memanaskan makanan anda boleh menyapu rumah. Eh, macam-macam lah!
#5 Bangun awal!
Cuba bangun awal dari keluarga anda dalam 15 minit atau 10 minit supaya anda boleh lebih lapang menyiapkan diri sendiri.