Thursday, April 15, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan

Siapa Wanita Yang Pernah Dikaitkan Dengan G-Dragon? Inilah Dia!

by Malisa Aina
December 23, 2017
33
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap kali G- Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong rapat dengan wanita pasti netizen membuat spekulasi mereka dating walaupun sekadar keluar berhibur sebagai rakan biasa. Setiap kali keluar berdua, muat naik foto bersama di Instagram, setiap kali itu peminat dan media mula menyangka mereka mempunyai perhubungan mesra walaupun perkara tersebut tidak benar sama sekali.

Kenapa agaknya ye? Susah jadi GD kerana beliau tidak boleh berkawan dengan selebriti wanita sesuka hati kerana ia akan terpalit gosip murahan.

Foto – Pinterest

Pada yang tertanya-tanya siapa selebriti wanita yang pernah dikaitkan dengan ikon fesyen, ini antara mereka yang ‘bertuah’.

Foto - Pinterest

Kecoh Satu Dunia G-Dragon Dan Blackpink Jennie Bercinta, Tapi Betul Ke?

February 25, 2021
Foto - Pinterest / 8 Days

Express ‘Jiwa Seni’ Dalam Rumah, Ini Barulah G-Dragon!

February 5, 2021

Kiko Mizuhara

Foto – Pinterest

Walaupun tidak disahkan, peminat telah membuat spekulasi bahawa G-Dragon dan model terkenal Jepun, Kiko Mizuhara sudah saling mengenali pada tahun 2010 dan sejak itu mereka mulai rapat. Kedua-duanya dilihat keluar bersama bukan sahaja di Korea dan Jepun, bahkan di Thailand mahupun Paris.

Foto – Allkpop

Peminat dan media Korea mengesahkan mereka berdua bercinta apabila mereka dilihat melakukan skinship dikhalayak umum namun kisah mereka masih menjadi tanda tanya. Bila ditanya sejauh manakah perhubungan mereka, G-Dragon mahupun Kiko senang menjawab sekadar ‘teman biasa’ sahaja.

Nana Komatsu

Selepas Instagram peribadi milik G-Dragon digodam, beberapa koleksi foto di dalamnya menunjukkan banyak foto mesra penyanyi 29 tahun ini dengan model Jepun, Nana Komatsu.

Foto – www.koreaboo.com

Khabar angin mula muncul awal tahun ini, ketika G-Dragon dan Nana dilihat keluar makan malam di Tokyo. Sebelum ini, mereka pernah bekerja bersama-sama untuk Majalah Nylon pada awal bulan Mac tahun ini.

Sandara Park

Rasanya peminat mahu mereka berdua bersama tetapi sayangnya perkara itu tidak akan menjadi kenyataan kerana Sandara Park mahupun G-Dragon sama sekali menegaskan mereka hanyalah sekadar kawan rapat sahaja.

Foto – Korea Portal

Kenapa peminat beranggapan mereka berdua dating? Fesyen dan gaya Sandara dan GD sangat serupa, apa yang dipakai oleh GD akan dipakai oleh Sandara, kiranya lagak mereka persis pasangan bercinta, bahkan cara GD melayan dan bergambar bersama Sandara juga kuat menyatakan pasangan ini mempunyai hubungan yang lebih daripada teman biasa.

CL

Foto – Pinterest

Selain Sandara, seorang lagi ahli 2NE1, CL turut dikaitkan dengan G-Dragon. Mereka berdua sangat rapat, malah tanpa segan silu menunjukkan keakraban melalui pengkongsian foto di Instagram. Walaubagaimanapun, hubungan mereka tak ubah seperti abang dan adik sahaja. Ini dibuktikan menerusi rakaman video di mana GD menjelaskan CL merupakan adik perempuan yang paling rapat malah sangat menjengkelkan.

IKLAN

Sulli

Foto – www.allkpop.com

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba mereka digosipkan bercinta. Spekulasi percintaan mereka timbul selepas peminat mendapati cincin berbentuk hati yang dipakai oleh G-Dragon dan Sulli adalah sama. Untuk menjernihkan keadaan, G-Dragon menafikan spekulasi yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan Sulli susulan persamaan yang dimiliki kedua anak muda ini.

Lee Jooyeon

Video intim antara G-Dragon dan bekas ahli kumpulan After School di “Kwai”, mencetuskan spekulasi hangat sekitar awal Oktober tahun ini. Dalam video tersebut, G-Dragon dan Jooyeon dilihat melakonkan semula babak mesra dalam drama Oh! My Baby.

View this post on Instagram

A post shared by BIGBANG_Dessa_Seungri (@x.x.xgdbigbang_vip)

Bahkan, netizen menguatkan lagi spekulasi apabila mendapati mereka berdua pernah melancong bersama, tinggal di resort yang sama dan pergi ke restoran yang sama menerusi perkongsian foto di laman Instagram. Peminat juga mendapati bahawa kedua-duanya follow satu sama lain di akaun Instagram peribadi.

Goo Hara

Foto – www.koreaboo.com

Betullah penulis cakap, setiap kali G-Dragon keluar dengan selebriti wanita, terus ada gosip murahan melandanya.

Khabar angin mereka meletus selepas kedua-dua ditemui di sebuah taman hiburan bersama-sama dengan beberapa rakan selebriti lain seperti Sulli dan Ga-In.

Foto – Allkpop

Apapun Wanista harap GD dapat temui cinta sejati dan mendirikan rumah tangga seperti rakan member Taeyang…

Fighting GD & Don’t Be Sad!

Tags: bigbangBigbang G-Dragong-dragong-dragon datinggosip g-dragongossip g-dragon bercintakwon ji yongwanita pernah dikaitkan dengan g-dragon
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.