Gadis manis yang pernah menambat ramai hati peminat muzik country dahulu kini semakin ligat terus kepada muzik pop. Namanya sering sahaja mendapat perhatian bukan hanya dari hasil seni, kisah peribadi tapi gaya fesyen yang dibawa.
Jika muzik yang dibawa seiring dengan zaman, begitu juga dengan fesyen rambutnya. Kalau anda peminat tegar TS pasti perasan akan perbezaan rambut TS yang dahulu keriting lebat tapi kini lebih settle down. Alah! Dah banyak duit jadi macam-macam treatment boleh buat dari kerinting kusut sampilah lembut beralun.
Tak percaya rambut Taylor Swift keriting lebat? Jom ikuti gambar revolusi penyanyi tinggi lampai ini.
BACA: 10 Tips Penjagaan Rambut Keriting Supaya Tak Kusut Dan Serabai
Tahun: 2006
Agak kusut masai pula bila lihat di zaman awal kemunculan TS. Warna perang semulajadinya sangat cerah dan kurang nampak berserilah!
Tahun: 2007
Bila dah semakin berjaya di industri nampaklah si TS semakin rapi. Gulungan rambut keriting asli tampak lebih tersusun gelombangnya. Potongan rambut pula? Layer style untuk mengimbangi ketebalan rambut.
Tahun: 2008
Belahan rambut yang rapi dan potongan lebih pendek sesuai dengan umur TS ketika ini. Rambut keriting adalah identiti Taylor.
Tahun: 2009
Dah semakin berani! Fesyen rambut keriting ditambah dengan aksesori mengerlip.
Tahun: 2010
Habis satu dunia terkejut bila TS rebonding rambut keritingnya! Siap ada hairbang lagi tau.
Tahun: 2011
Semakin dekat dengan gaya Hollywood Glam. Walaupun keriting halus sudah tiada, TS cuba membawa dengan gelombang rambut yang sleek dan glamor.
Tahun: 2012
Belahan tengah, hairbang dan keriting manja di hujung rambut. Banyak elemen yang ada diatas kepala TS. Hmmm..
Tahun: 2013
Seksi! TS tampak dewasa dengan gaya rambut ranggi ini. Bentuk gulung-gulung masih ada dan warna rambut perang kembali perang terang.
Tahun: 2014
Lagi sekali TS kejutkan dunia dengan potongan rambut pendek bob! Tengoklah, bukan setakat pendek ini siapkan ranggi keriting tau.
Tahun: 2015
Back on straight sleek! Belahan tepi dan lurus buat TS nampak lebih serius daripada keriting yang fun.
Tahun: 2016
Putih perang dan lagi pendek! Walaupun rambut TS tampak kering akibat warna (mungkinlah) tapi beliau sentiasa yakin. Ramai kurang gemar dengan penampilan TS di Met Gala 2016.
Tahun: 2017
Rambut keriting is back! Tahun kembali TS beliau muncul dengan gaya lebih garang dan mengangkat semula bentuk rambut semulajadinya.
Jadi Swiftie, Rambut TS yang mana jadi pujaan anda?!