Rentetan dari khabar angin hubungan cinta diantara dua ahli dari program Running Man, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook menjadi perdebatan hebat peminat.
Sehingga ada dikalangan peminat yang benar-benar menyukai gandingan mereka dengan memberi gelaran “The Ace Couple” dan “The Nevis Swing Couple.”
Song Ji Hyo kemudian memberi respon terhadap khabar angin tersebut didalam episod istimewa Running Man Krismas.
“Menurut dari peminat, saya dan Jong Kook ada hubungan cinta, malah ada juga laporan yang mengatakan kami bakal berkahwin!”
Respon terbuka Song Ji Hyo sudah memberi makna tersendiri, iaitu beliau dan Kim Jong Kook sememangnya tiada hubungan istimewa yang perlu disorok.
Dari komen-komen peminat Running Man, ternyata ramai dikalangan mereka naik menyampah dengan isu ‘couple’ dalam program realiti sebegini. Ada yang memberi andaian berkemungkinan mencetuskan rasa janggal diantara Ji Hyo dan Jong Kook jika diteruskan isu cinta ini.
“Why are people so obssessed with lovelines on variety shows? Just dont understand.” – Carol White
“nooooo , lovelines in running man is not necessary anymore.” – Nurul Azuwa
“They are not dating , dating rumour is in web drama of sa that was created and last year , they has rumour that will marry and this is reason why song ji hyo feel funny as it is not ture.” –
Apa pula pendapat anda tentang isu ini? Adakah anda juga ship Ji Hyo dan Jong Kook, komen sebabnya!