Setuju tak kalau penulis katakan apa sahaja yang related dengan Kim Kardashian semuanya cantik-cantik belaka malah tiada yang menghampakan?
Seperti yang satu ini. Walaupun pernah tweet tentang teknik penjagaan rambut berwarna agak memenatkan tapi bintang realiti ini terusan mewarnakan rambutnya.
Daripada platinum blonde menjadi biru berais (icy blue) – warna rambut ini cukup luar biasa cantiknya malah paling terbaik pernah diwarnakan Kim.
Debut dengan penampilan baru pada Sabtu, Kim Kardashian cukup menawan sekali dengan kombo rona biru lembut sepadan dengan rambutnya itu.
Penata rambutnya, Chris Appleton berkongsi transformasi Kim di Instagram berserta tambahan emoji salji – sesuai dengan penampilan Kim, yang tak ubah seperti ratu salji versi moden.
https://www.instagram.com/p/BdF9OtmhyDW/?taken-by=chrisappleton1
Rasanya warna rambut ini paling terbaik pernah penulis lihat pada Kim Kardashian…