Kalau anda melancong ke China, jangan lupa rasai pengalaman berjalan atas jambatan kaca yang diiktiraf sebagai terpanjang di dunia ini.
Jambatan 488 meter ini telah dibuka kepada orang ramai pada hari Ahad (24 Disember 2017) di Hongyagu, Hebei Province, 218 meter di atas lembah bergelora di Pingshan County pinggir ibu kota Wilayah Shijiazhuang.
Diperbuat dengan 1,077 panel kaca, masing-masing menjadi 4 sentimeter tebal, jambatan itu mampu menyokong 2,000 orang pada satu masa, walaubagaimanapun akan sentiasa dipantau rapi bagi mengelakkan keadaan tidak diingini daripada berlaku.
Jambatan ini dilaporkan 50 meter lebih panjang daripada jambatan kaca yang dibina sebelum ini kawasan pergunungan Zhangjiajie. Jambatan kaca itu kekal tertinggi di dunia tetapi terpaksa ditutup selepas terlalu banyak isu keselamatan dilaporkan.