Artikel ini pasti menggembirakan buat mereka yang gemar tidur, terutamanya pada hari hujung minggu. Hari Sabtu dan Ahad hari yang ditunggu-tunggu yang gilakan tidur, ketikalah itu tidur yang dipanggil nap menjadi berjam-jam lamanya. Bayangkan setelah lima hari berhempas-pulas menyiapkan tugasan dipejabat, pasti badan dan otak juga memerlukan rehat secukupnya.
Kebanyakan dari kita suka menghabiskan hujung minggu dirumah dan aktiviti utama ialah tidur!
Menurut kajian dari Korea Selatan, tidur pada hujung minggu mempunyai kebaikan pada kesihatan tubuh badan.
Gusar dengan kadar BMI anda?
Dari kajian tersebut, kadar BMI bagi mereka yang gemar tidur lebih rendah dari mereka yang kurang tidur dan langsung tidak tidur pada hujung minggu. Kualiti hormon dan metabolism individu yang tidur tidak terganggu dan lebih menguatkan apabila pakar tidur mengeluarkan kenyataan, individu yang banyak tidur seiring dengan individu yang melakukan aktiviti bersenam atau memilih makanan sihat.
Kenapa bagus pula?
Secara semulajadi ia dapat memperbaiki dan melaraskan semula jadual tidur, sekaligus mood dan keletihan.
Cara ini amat baik untuk mereka yang tidak dapat waktu tidur yang cukup pada hari biasa. Jadi tidur hujung minggu kaedah yang bermanfaat untuk memperbaiki cara tidur dan berat badan. Apapun tetap anda dinasihatkan untuk tidur 7 hingg 9 jam di hari biasa dan nap tidak lebih 1 jam pada hujung minggu.
Kesimpulannya, just enjoy pagi hujung minggu anda tanpa mengunci jam. Selamat tidur!