Warna merah sinonim dengan maksud berani dan ghairah.
Pakaian dari warna merah sentiasa menonjol dari yang lain, warna terang dan pekat senang menarik mata untuk melihat. Kalau di Malaysia lebih lagi orang Melayu, siapa yang pakai merah akan di gelar si Merah Mak Ngah. Betul ke?
Warna merah ialah warna universal jika anda bijak mengenakan mengikut tona kulit dan penggayaan fabrik bersesuaian dengan tema acara. Tapi apa yang paling penting untuk pakai merah ialah keyakinan!
Anda terasa nak pakai merah boleh lihat gaya mengancam para selebriti yang umpama Merah Mak Ngah sepanjang 2017.
#1 Aishwarya Rai
Ratu Bollywood kembali menjadi tumpuan apabila muncul di acara karpet merah Festival Filem Cannes 2017. Ramai peminat juga memuji bentuk badan Aiswarya Rai yang kembali langsing.
BACA: Kembali Curi Tumpuan Dunia, Aishwarya Rai Gah Di Filem Festival Cannes 2017
#2 Rose Byrne
Seksi dan sangat cantik! Walaupun rekaan ini tampil ringkas namun ia mempunyai nilai estetik tersendiri. Wanista suka lihat bahagian belakang gaun kembang ini. Warna merah dari under-tone jingga ini membuatkan Rose Byrne tampak segar.
#3 Bella Hadid
Betul lah, warna merah ini memang penaik seri. Ikutlah gaya apa sekalipun, pasti pakaian itu paling terserlah.
#4 Alessandra Ambrosio
Fabrik satin pada warna merah bukan sahaja beri efek seksi pada si pemakai malah mewah juga. Aksesori dari hijau batu zamrud yang dipakai oleh Alessandra sesuai dipadankan dengan si merah. Mengancam bila lihat badan Alessandra dengan gaun seksi ini.
#5 Ruth Negga
Lembutkan warna merah dengan pilihan gaun dari fabrik renda. Lihat Ruth Negga yang tampil manis dan romantis dalam warna garang ini.
#6 Ashley Graham
Suka tengok gaya ekstravaganza dari model plus-size ini. Padanan putih dan merah tidak pernah salah dan tiada sempadan dalam berfesyen.
#7 Emma Roberts
Wow! Emma Roberts persis karakter Jessica Rabbit dalam persalinan ini. Aksesori kot bulu merah jambu di lengan menambah ciri keanggunan walaupun rekaan gaun yang ringkas.
#8 Sophie Turner
Bila pakai gaun merah, jangan lupa gincu merah juga kerana mereka kawan yang setia dan sempurna!
#9 Ginnifer Goodwin
Sekali lagi selebriti membuktikan warna merah tiada masalah untuk menjadi romantis dengan penggunaan renda. Comel sangat Ginnifer Goodwin.
#10 Rita Ora
Biasalah Rita Ora tak pernah tak over kalau di acara karpet merah. Gabungan warna merah hati dan krim dalam gaun yang seolah-oleh diikat dari reben ini sangat menarik. Rita nampak seperti hadiah pula. Opss!
BACA: Rita Ora Paling Menyerlah Di Karpet Merah MTV EMA 2017!
#11 Viola Davis
Untungnya bila pakai gaun warna merah anda tak perlu mekap berlebih. Lihat wajah Viola Davis yang tampil segar dengan mekap tipis.
BACA: Senarai Gaun Cinderella Selebriti Yang Tidak Mungkin Dapat Dilupakan…
Kurang gemar warna merah? Mari kita lihat pula warna merah jambu yang digayakn oleh para selebriti… BACA: Jom Pilih Gaya Barbie Selebriti Bila Pakai Warna Pink!