Mempunyai lebih dari 1,200 restoran di Korea Selatan, Australia, Hong Kong dan Singapura, NeNe Chicken bakal dibuka di Malaysia pada pertengahan 2018. NeNe Chicken merupakan francais restoran ayam goreng terbesar di Korea Selatan.
Menu utama dalam NeNe Chicken sudah pasti best-selling kepak dan peha ayam dalam enam pilihan rasa iaitu Swicy, Original, Freaking Hot, Bulgogi, Snowing Cheese dan Snowing Vegetable. Selain itu, terdapat juga hidangan NeNe Burger, Kimchi Burger dan Black Sesame Soft Serve Ice Cream.
Menariknya, kesemua rempah dan sos yang digunakan ialah dari resepi rahsia asal NeNe diimport khas dari Korea. Jadi para penggemar ayam goreng di Malaysia bakal merasai ayam goreng NeNe sama seperti di Korea.
Teruja dengan pembukaan NeNe Chicken Malaysia? Pastikan anda sentiasa kemaskini melalui laman Facebook NeNe Chicken Malaysia, Instagram @nenechickenmalaysia atau layari laman sesawang http://www.nenechicken.com.my/