Siapa tidak kenal dengan penyanyi seksi Mulan Jameela asal negara seberang. Beliau kini aktif dalam bidang nyanyian dan lakonan walaupun tidak lagi sering ke Malaysia.
Sama seperti selebriti yang lain, Mulan gemar berkongsi aktiviti terkini bersama peminat melalui akaun Instagram. Penyanyi lagu popular ‘Makhluk Tuhan Paling Sexy’ ini pernah berkumpulan duo Ratu bersama Maia Ahmad mengeluarkan lagu-lagu hits seperti ‘Lelaki Buaya Darat’ dan ‘Teman Tapi Mesra.
Penampilan seksi dan menggoda Mulan Jameela sering menjadi perhatian peminat lebih-lebih lagi di Indonesia, namun baru-baru ini Mulan memuatnaik gambar berhijab yang tidak putus menerima pujian dan doa dari peminat supaya beliau terus memakainya.
Berhijab serba hitam dan mengenakan gincu warna merah tidak menolak fakta bahawa wanita ini sudah berusia 38 tahun! Tak percaya lihat sahaja gambar Mulan ini.
Rupanya Mulan berhijab hanya kerana keperluan pengambaran sebuah sinetron terbaru. Rata-rata peminat mengharapkan Mulan terus berhijab, teruskan sahaja doa yang baik-baik untuk si cantik manis ini!