Hari kedua masuk tahun baru pasti ada diantara kita dibelenggu dengan azam tahun baru. Apa agaknya yang hendak dibuat dengan tahun ini? Tak seronok juga kalau bila ditanya tentang azam, jawabnya ‘tiada’.
Namun menurut dari Psychology Today, azam yang paling terbaik ialah perkara yang paling sukar untuk kita laksanakan.
Jadi apa yang susah sangat untuk kita buat selama ini?
Menjadi Baik
Benar memang sukar untuk seorang yang baik hati bila kita hidup di dunia yang kejam ini. Dikelilingi oleh perasaan marah, kecewa, cemburu dan emosi turun naik. Tidak seperti cinta, baik sesuatu yang kita boleh pilih samada untuk menjadi baik atau tidak. Cinta pula ialah sebuah perasaan yang hadir tanpa dijangka.
Kenapa harus menjadi baik?
Menjadi baik adalah penting kerana ia boleh menukarkan emosi dan perasaan yang terbaik untuk manusia sekeliling kita yakni, ibu bapa, pasangan, anak-anak, sahabat dan rakan kerja. Ia boleh menjadi satu tunjang untuk hubungan yang sihat dan meditasi memberi aura positif.
Tanpa kita sedar, aura positif dari sifat baik hati boleh memperbaiki kesihatan dari segi mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan mental.
Setuju kan kalau penulis kata menjadi baik adalah suatu perkara yang lebih payah dari bersifat si pendendam. Mulakan langkah 2018 dengan ‘baik’ ia boleh mengubah tahun anda lebih positif dan berlapang dada dengan apa yang terjadi.