Tahun 2017 menyaksikan Asia mendominasi senarai wanita dan lelaki paling kacak dan cantik oleh Independent Critics.
Seorang pelakon dari Filipina dan seorang superstar K-Pop mendahului senarai tahun 2017, paling cantik dan tampan. Mereka adalah Liza Soberano untuk “The 100 Most Beautiful Faces of 2017”, manakala Kim Tae Hyung, aka V dari kumpulan K-Pop BTS, menduduki tempat pertama “The 100 Most Handsome Faces of 2017”.
Baca: BTS V Dipilih Sebagai ‘Lelaki Paling Kacak’ Tahun 2017!
Mengikut laman web mereka, senarai itu disusun oleh kumpulan Pengkritik Bebas, berdasarkan banyak cadangan yang dikemukakan oleh orang ramai. Mereka tidak hanya menganggap kesempurnaan estetik tetapi juga “keanggunan, keaslian, berani, semangat, kelas, sikap, kegembiraan, janji dan harapan” untuk setiap peserta yang terpilih.
https://www.instagram.com/p/BcRmO5HDTP9/?taken-by=lizasoberano
Jelas bahawa Liza Soberano sangat cantik. Tetapi menerusi temu bual bersama media Filipina, Liza menjelaskan bahawa dia tidak mahu dikenang dengan ‘itu’ sahaja. ‘Itu’ bermaksud daya tarikannya yang elegan dan senyuman menawan, bukan hanya menjadi idaman lelaki tempatan tetapi juga beberapa artis antarabangsa yang lain.
Jom kenalinya!
#1 Nama penuh si cantik manis ini ialah Hope Elizabeth Soberano.
#2 Dilahirkan pada 4 Januari 1998, berumur 19 tahun.
https://www.instagram.com/p/BXNfES7jQw0/?taken-by=lizasoberano
#3 Tempat lahirnya di Santa Clara, California.
#4 Walaupun miliki ciri rupa paras Eropah, gadis muda ini sebenarnya keturunan Filipino-Amerika. Ayahnya adalah Filipina dan ibunya adalah orang Amerika.
#5 Liza tidak tahu berbahasa Tagalog sehingga usia 13 tahun, dia mula mengambil kelas.
#6 Debut pada tahun 2011 menerusi drama Wansapanatym dan 2013 untuk filem Must Be … Love.
#7 Liza Soberano juga boleh rap. Lihat video ini.
#8 Justin Bieber, Shawn Mendes, Charlie Puth, Selena Gomez dan ramai lagi selebriti antarabangsa mempunyai connection dengannya.
Charlie Puth secara peribadi mengundang Liza Soberano ke konsert jelajah Nine Track Mind di Manila. Liza tidak dapat pergi kerana kekangan jadual tetapi Charlie masih lagi follow di Twitter.
Sempat merakamkan momen mesra bersama Selena Gomez ketika Revival Tour pada bulan Julai.
https://www.instagram.com/p/BIhmnW-Biwk/
Suatu masa dahulu Justin Bieber follow-nya di Twitter tetapi unfollow. Dah kenapa?
Shawn Mendes tweet ingin mengenali Liza Soberano. Hebat Liza ni!
#9 Selesa ‘berkawan’ dengan pelakon Enrique Gil. Dilaporkan kedua mereka mula rapat sejak berlakon bersama dalam drama Forevermore. Terjebak dalam cinta lokasi juga.
#10 Sering kali terlibat dalam acara amal kebajikan.
Tapi diakui orang Filipina memang elok-elok sangat. Contoh yang miliki kecantikan semulajadi seperti Kristine Hermosa, Marian Rivera, Bea Alonzo dan ramai lagi.
Dulu penulis suka layan drama Filipina Pangako Sayo, Mula Sa Puso, Kay Tagal Kang Hinintay, Sanay Wala Nang Wakas..