Dubai Fountain, air pancut tertinggi di dunia kini menampilkan lagu pop Korea ‘Power’ dari kumpulan K-pop idol popular EXO dan ia bakal dipertonton pada 16 Januari 2018.
Buat pertama kalinya Dubai Fountain memasukkan barisan lagu K-pop dan memilih lagu dari EXO sebuah boy band paling berjaya. Lagu ‘Power’ iaitu single terbaru dari EXO sentiasa mengunguli carta pop K-pop dan mendapat fenomenal dunia.
Menurut dari kumpulan EXO, mereka sangat teruja dan gembira kerana lagu ‘Power’ bakal diperdengarkan dan diambil aksi di Dubai Fountain.
Kami berasa sangat gembira kerana lagu kami ‘Power’ dipilih lagu Korea pertama dimainkan di acara Dubai Fountain. Ia bukan sahaja sebuah lagu dinamik dengan bunyi dram tapi lirik ia juga membawa maksud lagu boleh menyatukan kita semua. Diharapkan semua ini dapat menyatukan para pelancong Dubai dari seluruh dunia pada satu destinasi dan menikmati persembahan. Kami tidak sabar untuk menonton persembahan Dubai Fountai dengan lagu ‘Power’.
Dubai Fountain sebuah tempat tarikan wajib dilawati jika ke Dubai, ia pancutan air berirama dengan memainkan barisan lagu hits dunia seperti ‘Thriller’ – Michael Jackson, ‘I Will Always Love You’ – Whitney Houston, ‘The Prayer’ – Celine Dion dan Andrea Bocelli, ‘Skyfall’ – Adele dan ‘La Vie En Rose’ – Edith Piaf.
Aksi pancutan dan lampu memukau para hadirin dengan pengalaman visual berkeluasan 23.81 ekra dan berketinggian 450 kaki. Pancutan air mampu mencapai ketinggian lebih tinggi berbanding bangunan 45 tingkat.
Dubai Fountain adalah air pancutan muzikal yang wajib ditonton!