Majoriti wanita Jepun memiliki wajah yang hampir sempurna, kulit yang halus, licin dan bersih. Pasti anda tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan mereka, bukan?
Yang pasti wanita Jepun banyak mengamalkan perawatan tradisional menggunakan bahan semulajadi sejak turun-temurun lagi bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik.
Mandi air panas
Mungkin sebelum ini, anda pernah mendengar tentang istilah onsen – mandian air panas. Mandian semulajadi ini biasanya mengandungi mineral seperti natrium klorida dan kalsium yang dikenali untuk sifat terapeutik dan manfaat kesihatan, meninggalkan kulit segar dan bercahaya.
- Amalan onsen di Jepun. Foto – Pinterest
Jika anda tidak mempunyai onsen, mandi air panas biasa juga boleh dilakukan. Mengambil mandian air panas dengan kerap tidak hanya membantu anda merasa lebih segar, ia boleh membantu menghilangkan kotoran dan toksin sekaligus membuatkan kulit kelihatan lebih glowing.
Vitamin C
- Foto – www.today.com
Wanita Jepun mempercayai vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. Atas sebab itu, mereka mengamalkan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan vitamin c, bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga kulit menjadi putih dan berseri semulajadi.
Sapukan krim pelindung matahari setiap hari
Satu kefahaman umum mengenai krim pelindung matahari adalah bahawa ia hanya perlu digunakan apabila matahari keluar sahaja. Itu salah, wanita Jepun menggunakan krim ini setiap hari, tidak kira apa cuaca di luar sekalipun.
- Foto – Tokyo Weekender
Jika anda ingin meningkatkan tahap penjagaan kulit anda, gunakan pelindung matahari sebelum keluar dari rumah. Pastikan anda sentiasa apply sepanjang hari.
Dapatkan dos harian teh hijau
Teh hijau mengandungi pelbagai nutrien dan mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-penuaan yang membantu menghilangkan toksin dari badan anda, yang boleh memberikan kulit yang lebih sihat.
- Foto – LaRestaMart
Caranya, sapukan secara langsung ke kulit anda sebagai toner lembut atau masukkan ke dalam topeng muka buatan sendiri. Sesetengah orang meletakkan teh hijau ke dalam mandian panas mereka sebagai ritual sebelum tidur, sementara yang lain menikmati secawan teh hijau hangat untuk hidangan makanan harian.
Okay selepas ini jom cantik sama-sama guna cara wanita Jepun!