Rata-rata dari kita takut bila hendak singgah di Sephora kerana dalam kepala asyik memikirkan harga setiap produk yang ditawarkan sangat tinggi!
Sebenarnya kalau anda rajin menziarahi Sephora pasti anda akan terjumpa dengan rangkaian produk yang berkualiti tapi dengan harga yang berpatutan. Sebab itulah penting research dan study. Paling penting jangan malu jangan segan bertanya kepada beautician Sephora tentang produk mengikut bajet anda (penulis selalu buat).
Khas buat anda yang kurang gemar atau ragu-ragu dengan produk lokal, nah Wanista senaraikan 8 jenama penjagaan kulit dan wajah yang mempunyai produk serum muka harga bawah RM150..
SEPHORA Super Regenerating Oil Serum
RM150 (Beli)
Serum ini khas untuk mereka yang mencari solusi untuk anti-penuaan. Rawatan dari serum ini memberikan kulit wajah lebih segar, lembut dan memudarkan garis halus.
SEPHORA Wrinkle Fighting Super Serum
RM150 (Beli)
Tidak melekat dan diperbaharui dengan kolagen dari hidupan laut membuatkan kulit tampak lebih berseri dan juga bertindak sebagai anti-penuaan. Hasil dari kolagen meningkatkan lagi sel kolagen kulit secara semulajadi.
MARIO BADESCU Herbal Hydrating Serum
RM125 (Beli)
Serum ini boleh dipakai pada siang dan malam atau tanpa mekap! Serum bebas minyak ini menghidrat semula kulit tanpa kesan melekit. Diperkaya dengan ekstra ginseng yang memberi kelembutan pada kulit sepanjang hari. Produk ini hebat tau, dapat 4 bintang dari kalangan pengguna Sephora.
PIXI Overnight Glow Serum
RM121 (Beli)
Produk ini juga menerima reaksi hebat dari pengguna Sephora, 4 bintang! Serum khas untuk dipakai pada waktu malam ini menjadi kulit anda lebih berseri pada keesokan pagi. Mengurangkan garis halus, parut jerawat dan mencerahkan kulit. Mengandungi ekstra timun dan aloe vera juga Vitamin A, C dan E.
SEPHORA Liquid Moist Skin Concentrate
RM104 (Beli)
Lagi produk serum dari Sephora yang harga lebih jauh murah berbanding sebelum ini. Ia menghidrasi, melembutkan dan mencerahkan kulit dalam satu botol. Jangan risau, ia sesuai untuk semua jenis kulit dan telah diuji secara dermatalogi!
SKIN INC Pure Serum Mist
RM90 (Beli)
Hebat! Produk ini dapat 4 bintang setengah dan kebanyakan review dari pengguna amat menyukai hasil dan tidak menghadapi sebarang masalah. Ia mengandungi air mineral dari kolam air panas Onsen, Jepun yang memberi kebaikan pada kulit. Uniknya dari produk serum lain, ia digunakan seperti face mist. Orang kulit sensitif atau masalah jerawat wajib mendapatkan produk ini.
WILD PRODUCTS Vitamin C Facial Serum
RM69 (Beli)
Murahnya! Tak sangka ada juga harga yang macam ini di Sephora. Serum yang pekat Vitamin C ini tinggi anti-oksida dan menghasilkan kolagen untuk anti-penuaan. Malah produk ini juga mendapat 4 bintang untuk keberkesanan dan pasti harga yang berpatutan. Ia juga bebas dari bahan kimia seperti paraben dan sulfate. Murah dan selamat.
Tidak semua produk yang mahal beri hasil yang bagus, jadilah pengguna yang bijak!