Ke mana sahaja kita pergi, mesti ada di antara rakan ataupun anda sendiri yang bercakap mengenai resolusi mereka untuk 2018 – dan kebanyakan resolusi ini seolah-olah berkisarkan tentang makanan. Sama ada memotong jumlah pengambilan karbohidrat, makanan rendah lemak, perubahan pemakanan secara sihat adalah salah satu resolusi yang paling biasa kita dengar di luar sana.
Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Sering berhenti di tengah jalan ketika berdiet? Pakar kesihatan, Amy Rosoff Davis, jurulatih peribadi Selena Gomez sudi berkongsi tips penyanyi genit itu kekal sihat dan kuat sepanjang concert tour.
Siapa sangka cara Selena sangat mudah untuk diikuti.
Sayuran hijau
Menurut pakar Amy Rosoff Davis, ketika concert tour, Selena sentiasa mengambil sayuran hijau, protein, beras merah atau bijirin.
“Saya akan menyediakan semangkuk makanan yang penuh dengan sayur-sayuran, protein dan avokado, ini membantu memberi tenaga dan stamina, yang diperlukan untuk meneruskan persembahannya. Kadang-kala saya membuat salad yang dilengkapi dada ayam, buah anggur dan saderi.
Bahan makanan yang segar
Bagi petua diet umum, dia (Selena Gomez) berkata perkara yang paling penting ialah memastikan bahan-bahan anda segar.
“Saya memberi tumpuan kepada bahan-bahan segar yang berkualiti. Saya cadangkan pergi ke pasar petani tempatan, cuba membeli sayur-sayuran organik dan buah-buahan. Secara peribadi, saya belajar beberapa kemahiran asas di dapur, dan ingin tegaskan di sini ia sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Apabila anda tahu apa yang masuk ke dalam makanan anda, anda mungkin akan membuat pilihan yang lebih baik,” jelas Davis lagi.
“Jangan fikirkan tentang apa yang anda tidak boleh makan dan tidak makan, tumpukan kepada apa yang BAIK yang anda ingin makan dan bagaimana untuk membuatnya lazat,” – ini kata-kata yang dipegang Selena Gomez.
Tidur dan Air
Dia juga mengajar pentingnya tidur dan minum banyak air.
“Kebanyakan orang tidak menghiraukan dua perkara penting ini dan lebih bergantung kepada kafein. Tubuh anda memerlukan rehat supaya ia boleh memulih dan menjana semula. Air pula membantu tubuh anda berfungsi dengan baik, apatah lagi ia adalah baik untuk kulit, pencernaan, metabolisme dan lain-lain. Kedua-dua petua ini mudah dilaksanakan dan akan membuat anda berasa baik dalam masa yang singkat,” katanya.
Secara ringkasnya, Selena Gomez tidak makan makanan yang bukan-bukan untuk kekal sihat. Semuanya bergantung kepada membuat pilihan yang baik dan seronok semasa menyediakan makanan.
Semoga tips ini bermanfaat untuk azam tahun baru!