Memang seronok mendapat khabar jika rakan atau keluarga anda yang bakal menjadi seorang ibu.
Namun dalam seronok itu anda patut berhati-hati kerana anda tidak tahu tentang apa yang mereka lalui. Sakit belakang, tak boleh tidur, loya, muntah dan banyak lagi! Jadi mereka menjadi lebih sensitif dan pentingnya untuk kita sama-sama menjadi menjaga hati dan perasaan mereka.
Sebelum anda mahu meneruskan perbualan dengan rakan atau keluarga anda yang sedang mengandung. Ini 8 kata-kata yang patut anda elak ucapkan dihadapan mereka.
Saya faham apa yang awak rasa
Kalau anda belum lagi kahwin dan belum lagi pernah mengandung please lah jangan cakap ini. Betul ke anda benar-benar faham dengan perasaan mereka? Hmmm…
Awak ni asyik makan jer
Amboi, control sikit mulut tu. Ingat mereka tu bawa manusia dalam badan. Biarlah mereka nak makan banyak, jangan langsung tidak makan sudah, itu lagi bahaya untuk kesihatan mereka dan bayi yang dikandung.
Janganlah emosi sangat
Kamu tahu apa? Hormon berubah-ubah sebenarnya normal bagi si ibu mengandung. Jangan sesekali marah atau memerli apabila mereka terlalu emosional. Layankan sahaja.
Agak-agaknya awak kurus semula tak?
Memang benar kebanyakan ibu mengandung, saiz mereka seperti dipam-pam tapi tak semestinya selepas bersalin mereka terus begitu. Soalan macam ini memang nak kena cili api.
Cuba rileks sikit
Berbadan dua anda ingat senang ke nak rileks?
Bestnya dapat tidur malam tadi
Ini sangat kurang ajar.