Bila sebut sahaja nama Kareena Kapoor pasti ramai teringat kecomelan anak sulung lelaki beliau bersama aktor Saif Ali Khan iaitu Taimur Ali Khan.
BACA: Kareena Kapoor Bangga Dapat Anak Paling Tampan, Taimur Ali Khan
Ibu beranak satu ini kembali aktif dalam dunia lakonan dan tidak putus-putus berkongsi aktiviti seharian bersama peminat di akaun Instagram. Tidak kira samada aktiviti bersama keluarga atau rutin senaman yang menjadikan Kareena kembali seksi menawan!
https://www.instagram.com/p/BdAjk65HuqM/?hl=en&taken-by=therealkareenakapoor
Baru-baru ini Kareena tampil untuk muka hadapan majalah Vogue India bagi isu Januari 2018.
https://www.instagram.com/p/BdR_Og2np2H/?hl=en&taken-by=therealkareenakapoor
Kareena Kapoor bukan calang-calang mommy bila beliau mengenakan sepersalinan bikini dalam pengambaran majalah Vogue India. Lihatlah sendiri, bukan kemain langsing lagi beliau. Ini mesti berkat usaha rutin bersenam yang tidak pernah henti.
Langsung tiada kesan stretch marks!
Agaknya apa yang Kareena Kapoor makan dan amalkan untuk dapat bentuk badan sebegini rupa?