Asal rumah cantik mesti ramai menganggap mengambil inspirasi dan beli perabot dari Ikea.
Tidak, tidak semestinya anda kena melabur di Ikea untuk mendapatkan dekorasi rumah yang mengagumkan mata tetamu. Faktor utama yang wajib ada dalam sesebuah rumah ialah gaya minimal. Dari sudut peribadi penulis gaya ringkas sesebuah ruang melambangkan kemewahan iaitu mewah dari segi masa untuk mengemas, ruang lebih luas dan penggunaan perabot mengikut fungsi.
Apa guna banyak perabot tapi berhabuk atau ada kerusi tapi diletak pakaian?
Jika anda mahu gaya rumah tampak seperti katalog Ikea tapi tidak mahu berbelanja lebih. Nah, cuba praktis gaya dekorasi yang Wanista bawakan ini…
#1 Kemas, kemas, kemas!
Nak rumah cantik kenalah rajin mengemas. Kitar semula barangan yang anda sudah tidak gunakan atau derma sahaja pada mereka yang memerlukan. Rumah yang bersih lagi hebat dari rumah yang mahal tapi kotor.
#2 Letak gambar keluarga
Potret bersama keluarga atau insan tersayang boleh menghidupkan suasana terutamanya di ruang tamu. Adakalanya ia dapat memberi semangat dan motivasi pada diri setiap kali anda melihat wajah mereka.
#3 Elemen semulajadi
Bawa masuk hidupan hijau kedalam rumah anda supaya ia menambah seri dalam ruang tersebut. Anda boleh menukar setiap tumbuhan mengikut musim atau gaya yang anda mahukan.
#4 Gunakan perabot sebaiknya
Banyak yang menyalahguna perabot rumah dan menyebabkan ruang tampak kelam-kabut. Jangan jadikan ruang menyimpan buku untuk meletakkan alat kawalan televisyen. Pastikan anda atur barang mengikut kesesuaian perabot. Ini semua berbalik pada tips #1.
#5 Teknik pencahayaan
Aspek pencahayaan juga amat penting kerana ia dapat beri keselesaan dan sekaligus membangkitkan mood. Iyalah, bayangkan ruang yang lampu suram mesti jadi malas jer. Jangan tutup tingkap dengan perabot atau bingkai gambar, biar cahaya luar dan anan angin luar masuk secara semulajadi.
#6 Warna putih
Penggunaan warna putih banyak membantu dalam menghasilkan gaya dekorasi minimal. Jika anda tidak pandai bermain warna, pilih sahaja perabot atau barang hiasan dari warna putih. Fuh selamat!