Banyak cara sebenarnya boleh dilakukan untuk menggembirakan orang sekeliling. Mungkin kawan, ibu bapa, kawan sepejabat ataupun sesiapa sahaja yang kamu lihat memerlukan bantuan.
Hanya dengan senyuman di bibir sahaja pun boleh membuatkan orang rasa gembira!
- Curi sedikit masa daripada jadual yang busy untuk menulis sendiri surat cinta buat jejaka idaman. Tulislah ayat yang berbunga dan menarik sikit, biar si dia tahu keikhlasan anda.
- Dengar luahan hati kawan anda dengan penuh perhatian. Jangan pula sibuk dengan smartphone saja. Mungkin ini dapat melegakan perasaannya.
- Hari ini terasa rakan baik anda cantik daripada biasa. Jadi, pujilah dia.
- Puji gaya rambut ibumu, walaupun rasa tak berapa sesuai dengan usianya.
- Tanamkan niat untuk berbuat baik setiap hari. Hulurkan derma pada pengemis, bantu orang kurang upaya melintas jalan, beri tip lebih pada barista ataupun pemandu teksi.
- Tekan ‘like’ pada gambar yang baru dimuat naik oleh teman di FB atau Instagram. Notifikasi yang diterimanya akan buat dia rasa cukup gembira.
- Beri peluang kedua pada orang yang pernah melukakan hatimu. Mungkin dia sudah berubah. Bak pepatah, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’.
- Peluk suami setiap pagi sebelum kalian ke tempat kerja. Barulah ‘berbunga-bunga’ hatinya sepanjang hari. Masalah yang datang di tempat kerja pun boleh diselesaikan dengan mudah tanpa tekanan.
- Beri kejutan pada suami dengan menyediakan makan malam ala hotel lima bintang, walaupun kalian tidak menyambut sebarang hari istimewa.
- Mulakan satu kempen media sosial yang viral untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Cuba lakukan aktiviti pay it forward dan ianya pasti jadi inspirasi pada yang lain.
- Kalau ada duit lebih sikit, cuba bawa keluarga makan-makan di luar. Belanja mereka. Tak kisahlah dekat mana, asalkan dapat luangkan masa bersama dengan gembira.
Siapa sangka dengan cara ini, ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban orang di sana.
Jika ada banyak lagi perkara yang boleh dilakukan, kongsilah dengan kami. Happy & Smile!