Sepanjang karier sebagai anak seni, Sandara Park dilihat telah mengenakan pelbagai jenis gaya, cakap sahaja – comel, seksi, anggun, semua telah dicuba. Bahkan, gadis kecil molek ini seringkali mengambil risiko dalam berfesyen, bukan sahaja dari segi pemilihan pakaian tetapi juga gaya rambutnya yang sentiasa berubah menarik minat pengikut dan pengkritik fesyen notice akan kehadirannya. Buktinya beliau telah dijemput ke minggu fesyen utama di London, Paris, Milan dan New York.
Tidak kedekut berkongsi tips berfesyen, Sandara juga senang ber-OOTD di laman Instagram, dan dari situ sedikit sebanyak kita lihat fesyen Sandara lebih kepada – the boyfriend look.
“Konsep gaya fesyen saya ialah seperti mencuri pakaian teman lelaki saya, itu yang saya into it,” jelas Dara dalam temu bual ketika menghadiri pertunjukan fesyen Ordinary People.
Melalui Instagram juga, peminat mendapati Sandara Park banyak memakai pakaian dan kasut dari label mewah seperti Gucci, Vetements, Balenciaga dan banyak lagi. Kaya sungguh, ini semua berkat bekerja kerasa Dara sepanjang bersama 2NE1..
Vetements
Vetements adalah jenama Perancis yang diasaskan oleh pereka fesyen Demma Gvasalia pada tahun 2009. Demma Gvasalia dikenali dengan keberaniannya mengambil risiko dalam berfesyen dengan menerapkan trend dan siluet baru, menyimpang dari norma biasa.
Sandara suka memakai baju dan aksesori Vetements kerana dia tidak malu mencuba trend baru!
Balenciaga
Balenciaga adalah rumah fesyen Perancis yang diasaskan oleh Cristóbal Balenciaga, seorang pereka pakaian kelahiran Sepanyol, yang lahir di Negara Basque, Sepanyol. Balenciaga mempunyai reputasi sebagai pembuat pakaian tanpa kompromi dalam penetapan standard dan dikaitkan sebagai “the master of us all” oleh Christian Dior. Keistimewaan produk Balenciaga adalah unik, feminin tetapi masih mempunyai unsur moden.
Sejak kebelakangan ini, Sandara sering dilihat memakai sneakers dan tas tangan dari Balenciaga, rekaan yang pelik itulah menjadi favorite si comel ini.
Gucci
Gucci adalah jenama fesyen mewah Itali yang telah beroperasi sejak tahun 1921. Ia diasaskan oleh Guccio Gucci tetapi pengarah kreatif buat masa ini ialah Alessandro Michele. Melalui tenaga kerja orang muda, Gucci telah disegarkan semula sebagai jenama yang muda dan bergaya.
Sandara Park sering dilihat memakai kepingan Gucci bersama-sama dengan bintang K-Pop yang lain.
Baca: Obses Terhadap Jenama Gucci, Penyanyi Ini Digelar ‘Gucci Boy’
Supreme
Supreme adalah jenama skateboard yang ditubuhkan di New York pada tahun 1994. Jenama itu diasaskan oleh James Jebbia. Walaupun jenama itu bermula asalnya akar umbi skateboarding dan masih menumpukan pada estetika skateboard, tetapi kini jenama ini tidak lagi eksklusif untuk skateboarders.
Sudah ianggap sebagai jenama streetwear, Sandara adalah antara ramai yang sering mengenakan jenama ini.
BAPE
A Bathing Ape (BAPE) adalah jenama pakaian Jepun yang diasaskan oleh Nigo pada tahun 1993. Walaupun Nigo menjual syarikatnya kepada konglomerat fesyen Hong Kong I.T Group pada tahun 2011, jenama itu masih menghasilkan pakaian yang sesuai dengan estetika awalnya.
Ia amat disukai di seluruh dunia dan Dara adalah antara ramai peminat jenama streetwear ini. Favorite Dara terutamanya hoodies cetakan camo.
Lebih meminati jenama streetwear, sebenarnya banyak lagi jenama mewah yang Dara acapkali pakai, seperti 99%IS, Adidas, Gosha Rubchinskiy, Puma dan pelbagai lagi. Bersesuaian dengan konsep boyfriend look, Sandara juga memilih sneakers over heels. Lihat ini – Perempuan Lain Kumpul Heels, Sandara Park Kumpul… Lihat Koleksi Kasutnya!
Jom bergaya seperti Sandara Park selepas ni!